Salurkan cukai rokok untuk pembangunan bola sepak negara, kata Zahrain

Salurkan cukai rokok untuk pembangunan bola sepak negara, kata Zahrain

Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mencadangkan supaya kutipan cukai dari arak dan rokok disalurkan untuk pembangunan sukan khususnya bola sepak.

Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mencadangkan supaya kutipan cukai dari arak dan rokok disalurkan untuk pembangunan sukan khususnya bola sepak.

“Walaupun rokok telah diharamkan sebagai penaja utama dalam sukan, kutipan cukai oleh kerajaan boleh disalurkan semula untuk tujuan pembangunan bola sepak negara.

“Bola sepak profesional memerlukan sumber kewangan yang besar…tidak boleh lari dari komitmen yang memerlukan dana yang kuat,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen semalam.

Zahrain berkata Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) menerima peruntukan USD150 juta daripada kerajaan Jepun setiap tahun sedangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima peruntukan RM30 juta setahun.

“Kerajaan harus mengambil perhatian serius jika ingin memperbaiki mutu bola sepak negara menerusi tambahan peruntukan tahunan.

See also  IRONMAN 70.3: Desaru Coast to host "Torture Camp"

“Bola sepak adalah sukan rakyat…adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ia terbela dan mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.

– Bernama