JPJ adakan pertemuan dengan pemandu bas ekspres Pahang

JPJ adakan pertemuan dengan pemandu bas ekspres Pahang

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang akan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pemandu bas ekspres di negeri itu bagi mengenal pasti punca mereka memandu laju sehingga boleh menjejaskan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang akan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pemandu bas ekspres di negeri itu bagi mengenal pasti punca mereka memandu laju sehingga boleh menjejaskan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Pengarah JPJ Pahang, Zakaria Man berkata sesi pertemuan dan dialog itu yang akan diadakan di depoh syarikat bas bagi menangani kemalangan jalan raya membabitkan bas ekspres semasa musim perayaan.

“Perjumpaan dengan para pemandu akan diadakan dalam minggu ini juga bagi mendengar permasalahan mereka.

“Mungkinkah selama ini mereka memandu laju kerana ingin mengejar trip atau disebabkan gaji yang kecil dan mereka terpaksa mengejar trip bagi mendapat pendapatan lebih dan banyak lagi masalah lain yang kita tidak ketahui,” katanya
kepada pemberita selepas melancarkan Ops Hari Raya Aidilfitri 2011 di Plaza Tol Bentong dekat sini.

See also  Sime Darby Property launches Jom Raya campaign for sustainable celebrations

Beliau berkata berdasarkan pemantauan JPJ sebelum ini, lebih 60 peratus pemandu bas ekspres dikesan memandu melebih had laju yang dibenarkan.

Mengenai operasi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, JPJ Pahang akan menumpukan lebih perhatian terhadap perkhidmatan bas ekspres, katanya.

“Bas ekspres menjadi pilihan orang ramai di negeri kawasan Pantai Timur untuk balik bercuti dan dianggarkan lebih 400 buah bas ekspres setiap hari sama ada dari Lembah Klang dan juga selatan tanah air akan melalui jalan-jalan utama di negeri Pahang untuk ke Kelantan dan juga Terengganu.

“Jumlah bas ekspres dari arah Kuala Lumpur ke negeri Kelantan melalui jalan Bentong-Gua Musang sahaja melebihi 250 buah bas setiap hari dan jumlah paling banyak adalah perjalanan pada waktu malam,” katanya.

See also  Sime Darby Property launches Jom Raya campaign for sustainable celebrations

Zakaria berkata Ops Hari Raya itu yang akan diadakan sehingga 15 Sept depan juga memberi tumpuan dengan membuat rondaan di beberapa laluan utama bagi mencegah kemalangan jalan raya.

Beliau berharap kehadiran JPJ menerusi operasi itu akan membuatkan pengguna jalan raya merasakan mereka sentiasa di perhatikan dan dapat mengubah sikap pemandu supaya mematuhi peraturan lalu lintas.

– Bernama