Kampung Air Sembulan kembali dicemari sampah sarap

Kampung Air Sembulan, perkampungan Bumiputera yang terletak lebih kurang dua kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah kembali dicemari dengan sampah sarap.

Mengikut laporan daripada portal berita Sabah Taim, timbunan sampah sarap seperti bekas makanan dan botol plastik telah ditemui di persekitaran kampung itu.

Kampung Air Sembulan yang dicemari dengan sampah sarap – Gambar/ Sabah Taim

Kampung itu telah melalui perubahan apabila Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan saman mahkamah pada tahun 2016 dan 2018.

Sebanyak 67 tan sampah sarap telah dipungut daripada program gotong royong yang dianjurkan Mahkamah Kota Kinabalu dengan kerjasama DBKK pada Julai 2016. 

Pada sekitar awal tahun 2018 pula, DBKK telah mengeluarkan saman kepada 17 pemilik rumah di kampung itu mengikut Undang-Undang Kecil 3(a) Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap Bandaraya Kota Kinabalu 2005, berikutan gagal membersihkan sampah sarap di kawasan kediaman masing-masing.

See also  FBS's Ramadan relief efforts reach over 900 families

Penduduk telah melakukan pembersihan di sekitar rumah masing-masing susulan daripada tindakan itu.

Selain dibuang penduduk, sampah sarap juga dihanyutkan ke kawasan perumahan apabila air laut pasang sehingga tersangkut selepas air surut.

Sehubungan itu, penduduk Kampung Air Sembulan telah mencadangkan supaya jaring dipasang di aliran utama yang menghubungkan laut dengan kawasan kampung bagi menghalang sampah.

Kampung Air Sembulan berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan disebabkan keunikannya sebagai kawasan perumahan di atas air tetapi keindahanya sering diancam oleh pencemaran.

Avatar photo

Admin

CJ Editor writes, edits and publishes stories and press releases. Please contact for any queries or press release submissions.