Liverpool FC tiba di Malaysia pagi ini

Liverpool FC tiba di Malaysia pagi ini

Kelab gergasi bola sepak England, Liverpool FC tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Guangzhou, China pukul 4.25 pagi ini untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Harimau Malaya Sabtu ini.

Sejurus tiba di KLIA pemain-pemain Liverpool terus dibawa ke hotel penginapan di Damansara.

Aksi pertama pemain-pemain Liverpool akan dapat disaksikan peminat mereka pada sesi latihan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 7 malam ini.

Ini adalah kunjungan pertama Liverpool yang juga dikenali dengan ‘The Reds’ ke Malaysia.

‘The Reds’ yang hadir tanpa kelibat ketua pasukan, Steven Gerrard dalam kunjungan ini, akan menentang pasukan kebangsaan pada Sabtu ini bermula 5.45 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Malaysia menjadi persinggahan kedua Jelajah Asia 2011 mereka selepas China. Pada perlawanan persahabatan di sana, Liverpool mengalahkan Guangdong Sunray Cave 4-3.

– Bernama