Naza Kia lancar Optima K5 pada 27 Disember

Naza Kia lancar Optima K5 pada 27 Disember

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia, akan melancarkan Optima K5 serba baru pada 27 Disember ini.

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia, akan melancarkan Optima K5 serba baru pada 27 Disember ini.

Pelancaran berkenaan, di bilik pameran utama Naza Kia di Petaling Jaya, bersedia mengukuhkan lagi kedudukan syarikat yang teguh tahun ini.

Sehingga 30 Nov, 2011, jualannya berkembang 11 peratus kepada 10,228 unit. “Pada 2011, kami memberi tumpuan kepada usaha membina asas bagi jenama Kia Motors di Malaysia.

“Kami telah mengukuhkan barisan model kami, memulakan inisiatif pemasaran baru dan merasionalisasikan rangkaian kami kepada 60 cawangan,” kata Ketua Pegawai Operasi Datuk Hafiz Syed Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam.

Model sedan berkenaan akan menjadi model keempat diperkenalkan oleh Naza Kia Malaysia tahun ini selepas All-New Sportage, Forte 6-Speed dan Forte Koup.

See also  Chery Tiggo 7 Pro set to shake up Malaysian SUV market

Ia didatangkan dalam 2.0 liter, enam kelajuan tawaran varian transmisi automatik 165 PS dan 198Nm kilas.

Optima K5 merupakan kenderaan jualan tertinggi Kia Motors di Amerika Syarikat tahun ini, menguasai 17 peratus jualan pengeluar kereta Korea di pasaran dengan jumlah sebanyak 73,886 unit dijual sehingga pada 30 Nov, 2011.

– Bernama