Pasukan Gerakan Marin berjaya membanteras 102 kes sejak Januari

Pasukan Gerakan Marin berjaya membanteras 102 kes sejak Januari

Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 1 berjaya membanteras 102 kes melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan lebih RM2.9 juta sejak Januari tahun ini.

Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 1 berjaya membanteras 102 kes melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan lebih RM2.9 juta sejak Januari tahun ini.

Bekas Komander PGM Wilayah 1 ACP Zainul Abidin Hasan berkata ia melibatkan rampasan diesel subsidi, rokok tidak sah dan minuman keras.

“Operasi yang dijalankan selama lima bulan itu melibatkan nilai kompaun sebanyak RM17,900,” katanya kepada pemberita pada majlis serah-terima tugas jawatan Komander PGM Wilayah 1 kepada ACP Mohd Yusof Abdullah, hari ini.

Zainul ditukarkan sebagai Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 2 di Johor sejak 1 Jun lepas sementara Yusof yang telah berkhidmat selama 32 tahun dengan PGM sebelum ini memegang jawatan Penolong Komander PGM Bahagian Operasi dan Risikan Bukit Aman.

Mengenai jawatan barunya itu, Yusof berkata beliau mensasarkan peningkatkan operasi pemantauan di kawasan pulau, sungai serta tasik sebanyak 15 peratus dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Penumpuan itu adalah ke arah pencegahan jenayah, penyiasatan dan pengumpulan maklumat,” katanya.

– Bernama