PeBT pemangkin pembangunan program belia di Selangor

PeBT pemangkin pembangunan program belia di Selangor

Di majlis itu, lebih 8,000 belia seluruh negeri Selangor membanjiri I-City Shah Alam bagi meraikan majlis sambutan hari raya Aidilfitri tersebut.

Kerajaan Selangor menerusi jawatankuasa tetap hal ehwal belia melancarkan enam bidang utama bagi mewujudkan keseimbangan dalam usaha memenuhi keperluan belia di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, enam bidang tersebut adalah kepimpinan, ekonomi, masyarakat, kebudayaan, pendidikan dan kesukanan.

“Enam bidang itu kita bangunkan melalui program belia dan bakal dilaksanakan di peringkat akar umbi oleh Penggerak Belia Tempatan (PeBT),” katanya ketika berucap di majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama belia negeri Selangor di I-City Shah Alam, semalam.

Di majlis itu, lebih 8,000 belia seluruh negeri Selangor membanjiri I-City bagi meraikan majlis sambutan hari raya Aidilfitri tersebut.

Malah, menteri besar bersama pemimpin yang lain turut menyampaikan replika cek bejumlah RM187,400 merupakan insentif kepada 52 atlet Selangor mewakili negara ke kejohanan sukan peringkat antarabangsa.

See also  New Balance empowers female runners at Nagoya Marathon

Insentif diberikan kepada atlet merangkumi tiga kejohanan sukan iaitu Sukan Komanwel ke XIX, 2010, Sukan ASIA ke XVI, 2010 dan kejohanan bola sepak ASEAN, Piala AFF Suzuki 2010.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, sebanyak 289 PeBT mewakili setiap zon di negeri ini bergerak secara individu atau berkumpulan bertujuan membangunkan program di kawasan yang diamanahkan.

Menurutnya, kerajaan Selangor sekarang memang menyedari akan impian golongan belia di negeri ini khususnya dan sentiasa merencanakan program pembangunan belia sama ada di peringkat induk mahupun peringkat akar umbi.

“Oleh itu, saya menyeru dan meminta para belia di setiap kawasan dan zon supaya bekerjasama dengan PeBT untuk menggerakkan pelbagai program untuk pembangunan dan kemajuan belia,” katanya.

See also  Sarawak to welcome global boxing elite for WBC Championship