Perhilitan rampas 100 ekor Kura-Kura Bintang India di Melaka

Perhilitan rampas 100 ekor Kura-Kura Bintang India di Melaka

Unit Jenayah Hidupan Liar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 100 ekor
Kura-Kura Bintang India atau nama saintifiknya ‘Geochelone Elegans’, yang merupakan spesies haiwan dilindungi, dari sebuah premis perniagaan di Melaka semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, rampasan itu dilakukan selepas pegawai Jabatan Perhilitan memeriksa sebuah gudang barangan akuakultur di Taman IKS Merdeka, Batu Berendam.

“Pemilik premis tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen atau surat kebenaran yang sah daripada Jabatan Perhilitan untuk memiliki hidupan liar tersebut, manakala premis itu juga tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan hidupan liar daripada Jabatan Perhilitan,” katanya.

Sehubungan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Batu Berendam Melaka. Kenyataan itu juga menyebut satu kertas siasatan telah dibuka, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 60 dan 63 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Seksyen 12(a) Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

– Bernama