Pikom PC Fair 2011 bermula hari Khamis

Pikom PC Fair 2011 bermula hari Khamis

PC Fair 2011 kini kembali, kali ini di venue baru, PIKOM ICT Mall di Capsquare di Jalan Dang Wangi di Kuala Lumpur.

PC Fair 2011 kini kembali, kali ini di venue baru, PIKOM ICT Mall di Capsquare di Jalan Dang Wangi.

Ia akan berlangsung selama empat hari mulai 3 Nov.

Shaifubahrim Saleh, Presiden Persatuan ICT Nasional Malaysia (PIKOM), dalam satu kenyataan berkata pameran itu ditambah daripada kebiasaan selama tiga hari kepada empat.

PC Fair 2011 mempunyai 30 gerai pameran dan peserta pameran termasuk Acer, Sony, Asus, Nikon, Canon dan jenama ICT pengguna global yang lain, katanya.

PC Fair merupakan satu daripada aktiviti menjadikan PIKOM ICT Mall sebagai satu daripada pusat beli belah ICT pengguna yang cergas dan destinasi pilihan gaya hidup digital di Malaysia.

See also  Silentmode and Titan Cloud partner to optimize fuel retail operations

– Bernama