Singapura khuatir penyeludupan orang, dadah, senjata, bahan letupan

Singapura khuatir penyeludupan orang, dadah, senjata, bahan letupan

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura telah memperketatkan pemeriksaan kereta dan penumpang di pintu masuk republik itu.

Singapore night traffic by chikit713

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan(ICA) Singapura telah pun memperketatkan pemeriksaan keselamatan terhadap penumpang dan kenderaan di pintu masuk republik berkenaan.

Dalam satu kenyataan, ICA berkata langkah itu bertujuan menghalang cubaan menyeludup orang yang tidak diingini, dadah, senjata, bahan letupan dan barang seludup yang lain.

Pagi Selasa lepas, beberapa timbunan simen dan sebuah kren dilihat berada diPusat Pemeriksaan Tuas dari sebuah lori 40 kaki yang berdaftar di Malaysia, yang tiba di Pusat Pemeriksaan Tuas dengan konsainan yang diisytiharkan berupa 720 beg simen.

Seorang pemandu warga Malaysia berumur 21 tahun diarahkan oleh para pegawai ICA supaya pergi ke zon ketibaan kargo untuk pemeriksaan fizikal selepas pengimbasan rutin menunjukkan terdapat imej yang janggal. Setelah diperiksa, mereka menemui rokok seludup dan tembakau kunyah yangdisorok di bawah petak yang diubah suai di lantai kenderaan itu.

Sejumlah 2,151 karton rokok yang belum dijelaskan duti dan 1,053 paket tembakau kunyah dirampas. Jumlah duti kastam dan GST yang boleh dikenakan bagi rokok seludup itumasing-masing kira-kira S$151,400 dan S$14,400 manakala duti kastam dan GST yangboleh dikenakan bagi tembakau kunyah pula masing-masing kira-kira S$56,600 danS$4,000.

Pemandu berkenaan, rokok seludup dan lori diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

— Bernama