Tempat kecil tak terlepas risiko buli

Tempat kecil tak terlepas risiko buli

Sekolah di kawasan separa luar bandar seperti di Marudi tidak terkecuali menghadapi risiko berlakunya kejadian buli dan gengsterisme jika tiada langkah awal mencegahnya, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) kawasan itu, Sylvester Entri Muran.

Gambar hiasan

Katanya walaupun belum ada kes dilaporkan di sini, isu-isu membabitkan penderaan yang turut melibatkan kecederaan dan kematian pelajar yang telah berlaku di tempat-tempat lebih besar di negara ini perlu menjadi iktibar kepada guru dan ibu bapa di sini.

“Mungkin perkara ini belum terjadi di tempat kita, tetapi jika kita tidak berjaga-jaga, ia boleh menular hingga ke tahap sekolah rendah,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Datuk Sharif Hamid di sini Isnin.

Entri yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam dan Kemajuan Tanah Sarawak berkata pendidikan sivik dan agama perlu ditekankan pada peringkat awal persekolahan lagi sebagai langkah proaktif untuk mengekang gejala sedemikian di sekolah.

“Ibu bapa juga perlu sentiasa memantau sikap dan pergaulan anak-anak mereka di luar waktu sekolah,” katanya.