zikri

Citizen Journalism Malaysia Weblog

Menilai Meja Kopi

Posted in berita semasa on February 7th, 2010

Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

kopiku

kopiku

SAYA menulis artikel ini dalam keadaan yang amat letih. Petang Sabtu seperti biasa adalah waktu penamat untuk pengiriman artikel.

Pagi tadi (Sabtu) saya baru sahaja sampai dari London. Pergi ke sana hanya dua hari setengah. Sempat untuk mengisi dua ceramah.

Satunya khas untuk siswi dan satu lagi majlis yang agak besar. Majlis muzakarah bersama saya itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin politik tanahair.

Di samping itu, saya sempat berjumpa dengan beberapa sahabat karib yang sering bertukar-tukar pandangan. Mereka masih di United Kingdom. Antara mereka penulis terkenal dengan ketajamannya Saudara Maszlee Malik dan peguam yang ternama Saudara Ahmad Jailani. Mereka bakal mendapat Ph.D masing-masing insya-Allah.

Sahabat saya Mufti Perlis sekarang, Dr Juanda juga ada bersama. Berjumpa sahabat-sahabat yang saling memahami kadang-kala lebih membahagiakan dari berjumpa dengan mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan tetapi hidup di alam yang berbeza.

Kami berjumpa seperti biasa. Itulah kami, setiap kali berjumpa berbagai-bagai tajuk akan muncul, dan tidak lupa juga masing-masing bertanya khabar buku atau karya ilmiah baru yang berkaitan. Saudara Maszlee agak jaguh mengenai buku-buku Barat ini.

Walaupun dua hari amat singkat untuk kami ‘bersembang’ kesemua tajuk yang membabitkan masa depan umat Islam, negara dan rakyat Malaysia namun seperti biasa ia satu kesempatan yang manis.

Memang jika kita duduk berbincang tajuk-tajuk sedemikian dengan jiwa yang ikhlas dan mengharapkan kebaikan masa depan dakwah, umat dan rakyat, terlalu lazat dan enak rasanya.

Ia meresap dalam jiwa masing-masing. Pembentangan pemikiran, fakta dan penilaian amat mengasyikkan. Bagaikan dibuai angin yang sepoi-sepoi bahasa, waktu berlari selaju meter tajuk-tajuk yang dibincangkan.

Bilik sewaan MSD, meja kopi di Café Italy, Malaysia Hall dan kedai buku terpakai yang kami bertawaf dalamnya mengaksikan berbagai pandangan, impian, hasrat dan kerisauan tentang masa depan Malaysia. Senda gurau dan lawak jenaka menyulami perbincangan di sana sini.

Demikian kami dan sahabat-sahabat kami yang lain. Demikian juga saya yakin kebanyakan pembaca sekelian. Berbual dan bersembang bukan tiada faedahnya. Cumanya, apakah yang patut kita isi dalam perbualan dan pertemuan antara kita.

Saya catat hal ini bukan untuk menunjukkan apa yang kami lakukan. Orang lain lakukan lebih baik dari kami. Cumanya, saya ingin ingatkan pembaca tentang kepentingan tajuk ini. Manusia ini secara umumnya makhluk bersosial.

Kita inginkan teman dan rakan untuk meluahkan perasaan dan mendengar pandangan. Kadang-kala kopi dan teh hanyalah hiasan hidangan, ‘sembang-sembang’ itu yang penting. Ramai orang membazir masa sahaja kalau bersembang.

Ya, bersembang kosong memang membazir masa, bahkan kadang-kala menempah berbagai dosa. Namun berbual bersama teman, apatah lagi dengan insan-insan yang berilmu banyak faedahnya.

Perbualan yang diisi dengan ilmu dan nasihat serta lontaran cadangan dan idea yang baik, amatlah diperlukan oleh insan yang ingin membangun. Meja kopi dan teh boleh menjadi meja ilmu dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan kesabaran atas amanah perjuangan seperti yang diajar oleh Surah al-‘Asr.

Diriwayatkan Al-Imam Abu Yusuf Ya’kub bin Ibrahim iaitu ilmuwan besar sahabat al-Imam Abu Hanifah ketika sakit hendak meninggal dunia masih lagi berbual tentang ilmu.

Ketika muridnya Ibrahim bin al-Jarrah menziarahinya di dapati beliau pitam kesakitan. Namun apabila beliau sedar sahaja dan melihat wajah muridnya itu, terus dia berbincang dengan muridnya tersebut mengenai hukum syarak.

Muridnya berkata: “Apakah pada waktu yang sebegini?”. Kata Abu Yusuf: “Tak mengapa, kita kaji, mana tahu barangkali menyelamatkan seseorang”. Selepas perbincangan, anak muridnya hendak keluar, tetapi apabila sampai sahaja ke pintu, beliau mendengar tangisan yang hadir tanda gurunya itu telah meninggal dunia. (Abu Ghuddah, Qimah al-Zaman ‘Inda ‘Ulama, m.s 15).

Ini ilmuwan dan begitulah kita jika ingin mendapatkan ilmu. Sebab itu duduk berbual dan berbicara dengan ilmuwan merupakan perkara yang terpuji dalam agama ini. Pergi berjumpa ilmuwan, mendampingi mereka, mendengar pandangan mereka, mengambil faedah dari hikmah dan ketajaman minda mereka dapat membentuk dan membangunkan seseorang.

‘Auf bin ‘Abdillah pernah berkata kepada isteri sahabat Nabi s.a.w Abu Dardak iaitu Umm al-Dardak: “Apakah kami duduk bersama engkau menyebabkan engkau jemu?”. Jawabnya: “Aku telah berusaha agar setiap perkara menjadi ibadah. Tiada yang lebih mengubati jiwaku dari duduk bersama ulama” (Al-Nawawi, Tahzib al-Asma wa al-Lughat, 1/953).

Perbualan boleh menjadi ibadah jika isi kandungannya mengingatkan kita kepada kebenaran dan kesabaran atas jalan Allah. Ia membangunkan minda dan jiwa. Sepatutnya, setiap kita ambil kesempatan ini.

Sekalipun jika tiada ilmuwan atau cerdik pandai besar dalam perbualan kita, kita mesti berusaha menjadikan perbincangan atau ‘meja kopi’ kita dihiasi dengan perkataan dan pandangan yang berusaha kepada kebaikan dan pembangunan pemikiran.

Setiap orang dengan kadar ilmunya berbicara kepada rakan apa yang dipelajari dan didapati dari bahan-bahan ilmu yang baik. Maka berfaedahlah waktu makan dan minum kita ketika bersama rakan dan sahabat handai.

Ramai dalam kalangan kita yang tidak menjadikan meja kopinya meja ilmu. Apabila duduk dengan teman dan rakan mereka jadikan perbualan kosong yang tidak membangunkan minda dan jiwa mencuri peruntukan umur yang diberikan kepada mereka.

Berbual dan bersenda bukanlah dilarang. Agama ini bukannya sempit dan jumud. Namun setiap perkara dengan kadarnya. Jika setiap kali duduk di meja kopi dipenuhi dengan perbualan kosong, atau dusta atau menyakitkan orang lain tanpa alasan yang benar adalah melampaui batasan agama.

Setiap kita patut meninggalkan meja yang seperti itu. Rosaknya sesetengah masyarakat melayu kerana ‘meja kopi’ yang menelan umur dan membazir hayat. Tajuk-tajuk perbincangan yang tidak memberikan faedah pada diri ataupun masyarakat bahkan merosakkan diri dan orang lain sering memenuhi kedai kopi kita.

Samada pada waktu pagi, ataupun ketika rehat bekerja, meja kopi menjadi tempat membazir pahala dan mengumpul dosa. Ada yang lupa hal diri dan keluarga sendiri, sibuk hal orang lain di kedai kopi.

Tanpa rasa malu pada diri, apatah lagi kepada Allah yang memberikan umur kepadanya sanggup pergi balik ke kedai kopi untuk mencari ‘rakan bual kosong’ bagaikan orang ketagihan candu. Di kampung-kampung orang melayu bukan sedikit hal yang demikian. Dari situ munculnya berbagai bisikan dan gossip dalam masyarakat kita.

Sudahlah taukeh kedai pun tidak untung seberapa dengan sekawan kopi tetapi duduk berjam-jam. Keluarga pula terabai. Masa yang dibazirkan di meja kopi itu jika dikumpulkan, barangkali orang melayu sudah mampu menguasai ekonomi negara ini. Namun, lawatilah kedai-kedai kopi di sesetengah tempat.

Di penuhi dengan ‘kaki-kaki lepak’ yang sebahagian sudah menjelang umur senja. Jika anak muda Melayu ramai yang suka lepak, orang tua-tua melayu yang suka lepak pun peratusnya pun bukan sedikit dalam masyarakat kita.

Sebab itu al-Quran melarang perbuatan lagha atau sia-sia dalam bicara yang berfaedah. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Juga mereka yang khusyuk dalam solatnya. Juga mereka yang menjauhkan diri dari yang lagha” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3). Kata al-Imam al-Sa’di dalam tafsirnya: “Lagha itu perkataan yang tiada kebaikan dan tiada faedah”.

Bersembang, berbual dan duduk di meja kopi bukan salah. Namun pengisiannya itu mestilah diislamisasikan. Jangan jadikan ia meja ‘lagha’ atau sia-sia. Jangan jadikan ia meja dosa. Jadikan ia meja pahala. Meja yang membangunkan minda. Menmbangunkan ilmu dan kebaikan, bukan membangunkan kejahatan dan mensia-siakan umur. Jika tidak mampu jadikan ia meja kebaikan, lebih tinggalkan sahaja!!

Warga Malaysia Sertai Konvoi Viva Palestina Ke Gaza

Posted in Uncategorized on December 24th, 2009

Daripada KUZAIMAH IDRIS

DAMSYIK: Dua lagi anggota Malaysian Perdana Global Peace Organisation (PGPO) dan empat kakitangan Bernama TV hari ini menyertai Konvoi Viva Palestina yang sedang meneruskan perjalanannya sejauh 3,200 km ke Gaza bagi mengagihkan bantuan kemanusiaan.

Anggota PGPO itu ialah Mathias Chang dan Shamsul Akmar Musa Kamal, manakalakakitangan Bernama TV pula terdiri wartawan Kuzaimah Idris, penolong penerbitAzmawati Azmi, penyampai berita Masrenny Waty Che Masri dan jurukamera MohdShafiee Abdullah.

Mereka tiba dari Kuala Lumpur pada 18 Disember bagi menyertai fasa terakhirpengembaraan konvoi berkenaan dari sini yang mengandungi 144 trak, van danambulans dengan membawa bekalan bantuan bernilai lebih US$1 juta.

Sebelum ini, dua anggota PGPO, Juana Jaafar dan Ram Karthigasu, menyertai konvoi itu, yang memulakan perjalanannya di London pada 6 Dis dan telah melalui beberapa pekan dan bandar di pelbagai negara.

PGPO adalah antara peserta dari berpuluh institusi dan pertubuhan yang menyertai konvoi itu bagi mempamerkan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin serta menolak pencerobohan Israel di Gaza.

Konvoi dianggotai 416 sukarelawan itu akan meredah perjalanan selama enam hari dari sini ke Amman dan Aqabah di Jordan serta Nuweiba hingga ke sempadan Rafa di Mesir.

Ketua logistik konvoi berkenaan Amer Nazir memberitahu Bernama bahawa antara bekalan bantuan yang dibawa untuk diagihkan kepada penduduk Palestin ialah peralatan perubatan, makanan, makanan bayi serta pakaian musim sejuk.

Katanya rakyat Palestin di Gaza menghadapi kekurangan bekalan air bersih, makanan segar dan ubat-ubatan.

“Untuk bantuan perubatan, kami bawa pelbagai bekalan, daripada picagari,mesin dialisis, mesin pemindahan jantung, kerusi roda, tongkat dan kain pembalut, pendek kata daripada sekecil-kecil barang hinggalah kepada mesin paling besar, ada bersama kami,” kata Amer.

Konvoi berkenaan dianggotai sukarelawan dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Amerika, United Kingdom (UK), Perancis, Belgium, Itali, Turki, New Zealand dan Australia, dengan latar belakang kehidupan yang berbeza semata-mata untuk melakukan kerja amal.

“Ada antara mereka yang meninggalkan kerja untuk datang ke sini, ada antara mereka yang tergolong sebagai profesional yang melihat inilah satu-satunya cara bagi mereka untuk menzahirkan perasaan masing-masing tentang isu berkenaan, ada antara mereka hanya orang biasa, pemandu teksi yang sanggup meninggalkan keluarga untuk ke Gaza,” katanya.

Amer berkata konvoi itu mendapat sokongan hebat daripada segi sumbangan barangan dan banyak sukarelawan yang berminat menyertainya.

Viva Palestina, sebuah badan amal berpejabat di Britain, menganjurkan misiitu bagi mengangihkan bantuan kemanusiaan kepada orang awam yang terperangkap dalam peperangan di Gaza.

Warga Britain, Slyvia Wall, 70, sanggup datang dari England ke Damsyik semata-mata bagi menyertai konvoi itu, yang dalam perjalanan peringkat akhirnya ke Gaza.

Wanita ini tidak berpeluang menyertai konvoi berkenaan dari London keranatidak berdaya meredah perjalanan sejauh 4,800km ke Syria kerana faktor usia dankeadaan fizikal yang tidak mengizinkannya berbuat demikian.

Wall kelihatan begitu bersemangat untuk mempamerkan sokongannya kepada rakyat Palestin serta menceritakan pengalaman dan perjuangannya bagi membela nasib golongan itu.

Wanita ini melahirkan harapan agar kewujudan konvoi antarabangsa itu akanmemberi isyarat jelas bahawa masyarakat dunia mahu rejim Israel menarik baliksekatan yang dikenakannya terhadap penduduk Gaza dengan dunia luar.

Gaza dikepung sejak 2007 hingga menyebabkan rakyat Palestin di situ terputus bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan pelbagai keperluan asas lain.

“Sepanjang ingatan saya, rakyat Palestin telah diperlakukan secara tidak adil, kini saya sudah berusia 70 tahun dan selama 60 tahun, rakyat Palestin telah dilayan dengan teruk, tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya, saya amat marah.

“Saya ada banyak kawan Palestin di England, di Cyprus. Mereka orang baik, bukan seperti yang digambarkan oleh Barat sebagai pengganas dan di England keadaannya amat buruk, setiap kali mereka menyebut perkataan Palestin, ia selalunya diikuti dengan perkataan pengganas, sedangkan hakikatnya bukan begitu,” katanya.

Wall telah mengabdikan seluruh usia mudanya dalam perjuangan membela nasib rakyat Palestin.

Sejurus berakhirnya peperangan di Gaza, beliau ke Greece bagi membantu seorang budak lelaki Palestin berusia 14 tahun menjalani kehidupan hariannya setelah kehilangan kaki semasa perang itu.

“Saya akan ke Jordan dan Mesir melalui gurun pasir Nil di sepanjang kawasanpantai, jalan pesisir pantai sejauh 40km ke Rafah dan harap-harap, InsyaAllah kami akan sampai ke Gaza,” katanya.

Setiap peserta konvoi ini menggunakan pembiayaan sendiri.

Pada 27 Dis tahun lepas, Israel memulakan serangan udara terhadap Semenanjung Gaza dengan tujuan menghalang serangan roket dan penyeludupan senjata ke wilayah itu.

Tentera Israel telah membunuh lebih 1,400 rakyat Palestin dalam tempoh tiga minggu serangan itu dan mengakibatkan kemusnahan teruk terhadap kemudahan asas mereka seperti rumah, sekolah, hospital dan stesen tenaga elektrik.

Sejak itu, Israel menghalang semua bentuk barangan daripada dibawa masuk ke Gaza, kecuali bantuan kemanusiaan. – BERNAMA

Raja Petra Ada Saudara Perempuan di UK

Posted in berita semasa on December 22nd, 2009

Oleh WARTAWAN MSTAR

PETALING JAYA: Adalah sesuatu yang natural untuk penulis kontroversi, Raja Petra Raja Kamaruddin dan isterinya Marina bersembunyi di United Kingdom (UK) atau menjadikan negara itu sebagai transit kerana dua saudara perempuannya adalah merupakan rakyat negara itu, demikian menurut beberapa rakannya hari ini.

Kata mereka, semua orang harus menyedari satu hakikat bahawa ibu Raja Petra adalah seorang rakyat British dan setelah bercerai dengan bapanya, ibu penulis laman blog Malaysian Today itu telah kembali bermastautin di negara asalnya bersama dua orang anak perempuannya.

“Saudara-saudara perempuan Raja Petra tidak pernah kembali lagi ke Malaysia selepas itu dan mereka sendiri berkahwin dengan orang Inggeris dan menetap di United Kingdom. Jadi bagi Raja Petra, United Kingdom boleh diibaratkan sebagai kediaman kedua baginya,” kata salah seorang rakan sekolah Raja Petra di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang enggan namanya di sebut di sini kepada mStar Online hari ini.

Mereka berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar semalam dan hari ini yang menyebut Raja Petra kemungkinan bersembunyi di sebuah apartmen di Bayswater, London untuk mengelak daripada ditangkap kerana gagal menghadiri perbicaraannya berhubung saman fitnah ke atas artikel yang ditampalkan pada laman webnya itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga telah dipetik sebagai berkata, jika benar Raja Petra berada di London, beliau akan meminta kerjasama daripada polis UK untuk menahan penulis itu dan mengektradisikannya kembali ke Malaysia bagi menghadapi perbicaraannya.

Sementara itu, seorang lagi rakan Raja Petra yang bersedia untuk bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, berkata, jika benar sekali pun Raja Petra berada di London atau mana-mana bandar di negara itu, ia bukanlah untuk satu tempoh yang panjang. Ini kerana, katanya, Raja Petra sedar akan undang-undang ekstradisi yang terdapat dan kerjasama yang terjalin di antara pihak berkuasa Malaysia dan UK.

“Jadi mungkin dia berada di sana tetapi hanya sebagai transit atau seketika sahaja. Saya tidak nampak dia berada di sana untuk satu jangka waktu yang panjang.

“Dia mungkin dapat bertahan lama sedikit di UK kerana mempunyai adik perempuan di sana yang boleh menghulurkan bantuan buat sementara waktu dan selepas seketika saya percaya Raja Petra akan beredar ke tempat lain pula.

“Mereka (Raja Petra) mempunyai rangkaian atau networking yang boleh membantunya buat sementara waktu,” katanya.

First Post

Posted in Uncategorized on December 15th, 2009

Hi and Salam,
This is the first post of mine after being registered by Maran to be a CJ at Malaysiakini web site.

We have big and big responsibilities to make sure we live in a harmony country without fear and prejudice.

I support Malaysiakini to conduct this program to teach the citizen how to appreciate what we have now and what we had on the past.

Happy blogging CJ!

Hello world!

Posted in Uncategorized on December 15th, 2009

Welcome to Citizen Journalism Malaysia. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!