KHS prihatin nasib penghuni rumah warga emas St Judes

KHS prihatin nasib penghuni rumah warga emas St Judes

Kebajikan warga emas merupakan tanggungjawab bersama dan semua pihak perlu memberi perhatian terhadap golongan itu tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Kebajikan warga emas merupakan tanggungjawab bersama dan semua pihak perlu memberi perhatian terhadap golongan itu tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Presiden Kelab Harmoni Selangor (KHS), Dr  V. Sunder berkata golongan itu tidak harus diabaikan kerana mereka adalah aset yang berharga kepada negara dan masyarakat setempat.

Menurutnya, rasa kasih dan sayang terhadap golongan itu akan mewujudkan masyarakat yang prihatin terutama di kalangan generasi muda dalam menghargai warga emas.

“Aktiviti yang kita adakan ini adalah salah satu program KHS yang sentiasa mengutamakan kebajikan tidak kira kaum dan agama yang ada di negeri ini.

“Malah saya berharap badan bukan kerajaan (NGO) yang lain akan sama-sama membantu rumah kebajikan ini berikutan keadaannya yang sememangnya memerlukan perhatian,” katanya.

See also  Spread joy with Mangosteen’s Gifts That Give Back

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Kebajikan KHS di Rumah Warga Emas St Judes , Taman Iswara di sini.

Pada program itu, KHS menyumbangkan barang berupa keperluan harian bernilai RM 1,000 kepada kira-kira lebih 20 penghuni tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Sunder berkata, pihaknya akan mengadakan Majlis Penyampaian Pelajar Cemerlang pada 14 Mei depan bagi meraikan anak-anak KHS yang berjaya dalam peperiksaan.

Menurutnya, ahli-ahli kelab yang mempunyai anak cemerlang dalam peperiksaan di minta untuk segera menghubungi Setiausahanya, Mohd Azmi Abd Mois di talian 017-3173478 bagi urusan pendaftaran sebelum tarikh berkenaan.