Curi pasir: PPIM kecam ugutan bunuh ke atas aktivis

Curi pasir: PPIM kecam ugutan bunuh ke atas aktivis

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan sekumpulan tonto menggugut dan mengancam bunuh terhadap Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George mendedahkan aktiviti mencuri pasir di Selangor.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan sekumpulan tonto menggugut dan mengancam bunuh terhadap Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George mendedahkan aktiviti mencuri pasir di Selangor.

Sebaliknya, Aktivisnya, Mohd Mustaffa Hamzah memberi amaran keras kepada kumpulan mencuri pasir itu tidak melakukan tindakan sedemikian rupa.

Menurutnya, timbul persoalan di mana agensi penguatkuasaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan exco bertanggungjawab menguruskan tanah negeri Selangor.

“Sekiranya sesuatu terjadi kepada mana-mana atau sesiapa sahaja aktivis pengguna, kami akan cari sampai ke lubang cacing,” katanya kepada pemberita di Subang Jaya.

Dr Jacob menunjukkan laporan polis (kiri)

 

Semalam, Dr Jacob George mendakwa menerima ugutan bunuh terhadap diri dan keluarganya ekoran pendedahannya terhadap kegiatan mencuri pasir di Selangor baru-baru ini.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Beliau mendakwa menerima ugutan oleh beberapa individu ketika membuat lawatan di TTDI Jaya di Shah Alam – tempat kegiatan kecurian didakwa berlaku – pada Rabu lalu.

Dr Jacob juga mendakwa menerima ugutan melalui panggilan telefon yang mahu mencederakan dirinya serta keluarga daripada “tonto” berkaitan.

Pada sidang media itu, Mohd Mustaffa menggesa pihak berkuasa dan agensi PBT mengambil tindakan tegas ke atas kumpulan mencuri pasir semakin berleluasa di negeri itu.

Menurutnya sewajarnya pihak berkuasa melindungi aktivis pengguna dan bukannya membiarkan mereka diugut atau menerima ancaman.

“Sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, jangan sampai pengguna mengambil tindakan sendiri,” tegas aktivis NGO itu.

Difahamkan, bagi satu tan pasir berharga RM 23, pasir cuci RM 26, pasir kotor RM 23 manakala sebuah lori boleh diisi sebanyak 23 tan dianggarkan berjumlah RM  500 hingga RM 600.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Harga pasir tidak tetap dan berubah bergantung kepada pasaran pada sesuatu kawasan dan tempat.