Komuniti Bestari diminta laksana program kesenian

Komuniti Bestari diminta laksana program kesenian

Komuniti Bestari diminta melaksanakan program meliputi seni kebudayaan masyarakat setempat agar ia dapat menarik penyertaan golongan muda dan belia terhadap program berkenaan di kawasan masing-masing.


Komuniti Bestari diminta melaksanakan program meliputi seni kebudayaan masyarakat setempat agar ia dapat menarik
penyertaan golongan muda dan belia terhadap program berkenaan di kawasan masing-masing.

Pembantu Menteri Pembangunan Pembangunan Infrastruktur, Japlin Akim berkata menerusi program kebudayaan yang dianjurkan mengikut tradisi penduduk kampung terbabit, ia akan memaparkan budaya tersebut kepada golongan muda.

Selain itu, katanya, ia secara tidak langsung seni budaya dari kampung mereka tidak akan pupus di kalangan generasi muda masa kini.

“Kita melihat Komuniti Bestari merupakan penggerak untuk menghidupkan program ini yang akan turut disertai semua lapisan masyarakat.

“Seni budaya terutama permainan tradisional biasanya mendapat sambutan hangat dari penduduk kampung berkenaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program Anjung Bestari Komuniti 1Malaysia dan Malam Rentak Irama 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Sabah di Kampung Siasai, malam tadi.

See also  Five Arts Centre debuts Mortal Man with unpredictable twist

Japlin berkata dalam merancakkan lagi program berkenaan, Komuniti Bestari juga boleh bekerjasama dengan pertubuhan lain dalam melaksanakan pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat kampung.

– Bernama