Program seni budaya untuk menarik penyertaan belia

Program seni budaya untuk menarik penyertaan belia

Seni budaya, terutama permainan tradisional, biasanya mendapat sambutan hangat dari penduduk kampung berkenaan yang mana adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat masyarakat setempat hidup bersatu padu

Komuniti Bestari diminta melaksanakan program meliputi seni kebudayaan masyarakat setempat agar ia dapat menarik penyertaan golongan muda dan belia terhadap program berkenaan di kawasan masing-masing.

Pembantu Menteri Pembangunan Pembangunan Infrastruktur, Datuk Japlin Akim  berkata, menerusi program kebudayaan yang dianjurkan mengikut tradisi penduduk kampung terbabit, ia memaparkan budaya tersebut kepada golongan muda.

Selain itu katanya, ia secara tidak langsung memastikan seni budaya di kampung mereka tidak akan pupus di kalangan generasi muda masa kini.

”Kita melihat Komuniti Bestari merupakan penggerak untuk menghidupkan program ini yang akan turut disertai semua lapisan masyarakat.”

”Seni budaya, terutama permainan tradisional, biasanya mendapat sambutan hangat dari penduduk kampung berkenaan yang mana adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat masyarakat setempat hidup bersatu padu,” katanya.

See also  Five Arts Centre debuts Mortal Man with unpredictable twist

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Anjung Bestari Komuniti 1 Malaysia dan Malam Rentak Irama 1 Malaysia di Kampung Siasai Kota Belud , di sini, semalam.

Hadir sama Pegawai Penerangan, Azman Sipan, Pegawai Penerangan Daerah, Durahin, Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Kampung Siasai, Ahmad Pinjaman serta pemimpin masyarakat. Dalam majlis itu turut diadakan pertandingan rentak irama 1 Malaysia dalam dua kategori berpasangan kanak-kanak dan dewasa.

Japlin turut menyerahkan dua pasang kanopi dan 100 kerusi plastik.

Beliau seterusnya berkata, dalam merancakkan lagi program berkenaan, Komuniti Bestari juga boleh bekerjasama dengan pertubuhan lain dalam melaksanakan pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat kampung.

Sehubungan dengan itu, Japlin yang juga Adun Usukan turut menyarankan generasi muda untuk menguasai bidang sains dan teknologi selain memberi tumpuan terhadap aktiviti menyatukan masyarakat.

See also  Five Arts Centre debuts Mortal Man with unpredictable twist

Katanya, rakyat kini berada dalam era globalisasi yang menuntut mereka menguasai kemahiran tertentu terutamanya sains dan teknologi.

”Sekiranya tidak dapat menyesuaikan diri, kita akan ketinggalan dan bagi mengatasi perkara itu, kita perlu belajar lagi terutamanya perkembangan teknologi semasa,” ujarnya.

 

Gary Louis Supi