Polis selesai siasatan kes pembunuhan Ratna Sufizzah

Polis selesai siasatan kes pembunuhan Ratna Sufizzah

Polis telah selesai menjalankan siasatan kes pembunuhan Ratna Sufizzah Riyyanti Omar, 23, di Alor Setar pada Isnin lepas dan kes itu akan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.

Polis telah selesai menjalankan siasatan kes pembunuhan Ratna Sufizzah Riyyanti Omar, 23, di Alor Setar pada Isnin lepas
dan kes itu akan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Kedah Ahmad Ibrahim berkata berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang berusia dalam lingkungan 50an, menikam mangsa kerana dendam atau putus cinta.

“Kita berpuas hati dengan proses siasatan yang dijalankan dan kes pembunuhan gadis berkenaan sudah selesai. Selepas ini Timbalan Pendakwa Raya akan membuat keputusan dan suspek yang ditahan reman selama seminggu akan dituduh tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menutup perkhemahan dan sambutan Hari Kor Kadet Polis peringkat negeri di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am Tupah, Merbok, semalam.

Dalam kejadian sekitar 11 malam Isnin lepas, Ratna Sufizzah Riyyanti, yang bekerja di sebuah kilang di Gurun, mati akibat ditikam beberapa kali di dada, perut dan tangan di sebuah rumah di Taman Mahkota, Jalan Stadium di Alor Setar.

– Bernama

 

Baca laporan pertama: Wanita ditikam mati setelah enggan terima lamaran