Hanya 65 peratus graduan UPM dapat kerja tahun lepas

Hanya 65 peratus graduan UPM dapat kerja tahun lepas

Universiti Putra Malaysia (UPM) menyasarkan 78 peratus pelajarnya berpeluang mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian,namum hanya kurang daripada 65 peratus mendapat pekerjaan sekarang.

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) menyasarkan 78 peratus pelajarnya berpeluang mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian, namum hanya kurang daripada 65 peratus mendapat pekerjaan sekarang.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Naib Canselor UPM Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata daripada 6,946 pelajar yang menamatkan pengajian tahun lepas, seramai 4,478 orang mendapat pekerjaan dan lebih 600 melanjutkan pelajaran.

Beliau berkata melalui program ‘Pendidikan Berasaskan Hasil’, ‘Pendidikan Berasaskan Masalah’ dan ‘Pendekatan Modular’ yang bakal dilaksanakan tahun ini mampu melahirkan pelajar lebih berdaya saing dalam pasaran kerja.

Selain program pembelajaran, Radin Umar berkata program kokurikulum (luar kampus) berkredit akan dilaksanakan secara lebih aktif dan tersusun.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Program ini akan diguna pakai untuk mentransformasikan pelajar kepada  individu yang cemerlang secara keseluruhannya, dan ini memberi kelebihan kepada graduan untuk bertahan dalam saingan pekerjaan kini,” katanya kepada pemberita pada majlis Gemilang Akademia Putra 2010 semalam.

See also  Rockwills and Dignity partner to advance financial literacy

Majlis itu disempurnakan dengan keberangkatan Canselor UPM, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang berkenan menyampaikan Anugerah Pengajaran Putra, Anugerah Penyelidikan dan Inovasi serta Anugerah Perundingan kepada 11 pensyarah universiti tersebut bagi kecemerlangan dalam penyelidikan, pengajaran serta perundingan.

Anugerah itu bagi mengenal pasti calon Anugerah Akademia Negara anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang diadakan setiap tahun.

Selain itu, Radin Umar berkata UPM bercadang mewajibkan pelajar menduduki Test on Communication in English (TOCIE) lebih awal bagi mengenal pasti tahap penguasaan bahasa itu, berbanding langkah mengambilnya pada semester akhir.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pensyarah UPM agar melibatkan diri secara aktif bagi melahirkan pelajar berkualiti dan mempunyai modal insan yang tinggi.

See also  EKTA scholarships encourage Sikh youth to consider TVET careers

– Bernama