Pemilik projek rumah terbengkalai membuat laporan polis

PAHANG – Tujuh mangsa projek perumahan terbengkalai Taman Perdana Raya di Karak, Pahang telah membuat satu laporan polis terharap Ahli Parlimen Bentong dan juga Menteri Pengangkutan Datuk Liow Tiong Lai di Balai Polis Karak

Tujuh mangsa projek perumahan terbengkalai Taman Perdana Raya di Karak, Pahang telah membuat satu laporan polis terharap Ahli Parlimen Bentong dan juga Menteri Pengangkutan Datuk Liow Tiong Lai di Balai Polis Karak semalam.

Menurut aktivis Parti Sosialis Malaysia, Suresh Kumar, dalam satu perbualan telefon bersama CJMY, berkata laporan polis itu bertujuan untuk mengesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap Liow yang dipercayai bersubahat dengan pemaju projek perumahan, I Prima Development Sdn. Bhd.

Liow dikatakan telah memungkiri janjinya untuk mendapatkan pampasan untuk pemilik rumah Taman Perdana Raya.

Walaupun rumah-rumah itu siap dibina pada tahun 2009 tetapi pihak penguasa tempatan enggan meluluskan surat kediaman (Certificate of Fitness) kerana terdapat 26 kesalahan yang dilakukan semasa pembinaan termasuk ruangan bilik yang tidak seragam, bahan pembinaan yang tidak bermutu dan sistem talian air yang buruk.

Sehubungan dengan itu, dalam satu mesyuarat yang dibuat pada tahun 2011, Liow telah berjanji bahawa I Prima Development Sdn Bhd akan membayar ganti-rugi untuk pemilik-pemilik rumah.

Suresh berkata Liow telah berjanji diatas kapasitinya sebagai ahli parlimen Bentong dan mempersoalkan kepentingan Liow untuk membuat janji sedemikian bagi pihak pemaju.

“Dalam mesyuarat tersebut pemaju tidak hadir. Datuk Liow telah berjanji mewakili pemaju untuk mengembalikan wang pemilik. Pemilik rumah mempersoalkan mengapakah seorang ahli parlimen perlu membuat satu kenyataan yang sedemikian rupa,” kata Suresh.

“Bank yang memberikan pinjaman juga telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pemilik pemilik yang gagal menjelaskan hutang mereka dan kini salah seorang pemilik rumah sedang berhadapan dengan saman muflis,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama pemilik rumah juga telah membuat satu lagi laporan terhadap pemaju I Prima Development dan empat buat lagi syarikat miliknya atas tuduhan menipu berpuluh ribu ringgit pemilik rumah.

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dalam laporan tersebut adalah SP Smart Group Sdn Bhd (dikenali sebagai I Prima Development), Intiprima Management Sdn Bhd and Prima Holdings Sdn Bhd dan  Puncak Properties Sdn Bhd (the landowner).

Projek Perumahan Taman Perdana Raya adalah merupakan pangsapuri sederhana mewah yang bernilai antara RM60 ribu sehingga RM70 ribu seunit.

Masalah perumahan bermula apabila pemilik mendapati rumah mereka tidak dibina mengikut spesifikasi yang dipersetujui.

 

 

Semua berita dari laman web ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Jika anda berminat untuk lebih mengetahui mengenai kursus penulisan dari Citizen Journalist Malaysia atau ingin menyumbang artikel anda, sila (KLIK SINI)

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Saminathan