Seramai 3,400 pelajar pelbagai kaum dari tujuh sekolah menengah di kawasan Parlimen Bakri hari ini menerima komputer riba setipa seorang sumbangan kerajaan.
Mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Naning, Sekolah Menengah Tengku Mahmod Iskandar, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong, Sekolah Menengah Sri Maharani, Sekolah Menengah Tun Perak, Sekolah Menengah Dato’ Sri Amar dan Sekolah Menengah Saint Andrew.
Upacara penyerahan komputer riba itu dilakukan oleh Ketua Umno Bahagian Bakri, Saipul Bahri Shuib, yang juga pengerusi Barisan Nasional kawasan Parlimen Bakri. Majlis itu berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong.
Beliau berharap dengan bantuan itu, jurang penguasaan ilmu melalui teknologi maklumat antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.
– Bernama