Guru-guru di daerah Kota Kinabalu diberi kursus khas

Guru-guru di daerah Kota Kinabalu diberi kursus khas

Guru-guru terbabit telah diberi taklimat mengenai kepimpinan dan pengurusan organisasi secara berpasukan, pengurusan perubahan organisasi secara strategik, dan juga aplikasi ‘Blue Ocean Strategy’.

Sekumpulan guru dari SMK Taman Tun Fuad, SK Luyang SMK Pulau Gaya, SM Stella Maris dan sekolah ‘Professional Learning Community’ (PLC) di daerah Kota Kinabalu telah berpeluang untuk menghadiri Kursus Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (PROD) yang bertempat di Bilik Raflesia, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) pada Sabtu lepas.

Guru-guru terbabit telah diberi taklimat mengenai kepimpinan dan pengurusan organisasi secara berpasukan, pengurusan perubahan organisasi secara strategik, dan juga aplikasi ‘Blue Ocean Strategy’.

Timbalan Pegawai Pelajaran Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Wanihim Binti Othman, dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau tertarik dengan tindakan pihak penganjur mengintegrasikan kursus PROD ini dengan sekolah-sekolah lain dalam ‘Programme Learning Community’ kumpulan 1 (PLC1).

See also  Sri KDU’s Arabian Nights musical raises funds for charities

” Idea kolaborasi tersebut cukup kreatif kerana bukan sahaja dapat berkongsi ilmu berharga dan menjimatkan masa dan tenaga melalui satu program, bahkan dapat mengakrabkan hubungan silaturahim antara warga sekolah seterusnya memudahkan sebarang urusan,” ujar Wanihim.

Beliau menambah bahawa PROD bukanlah satu perkara baru kerana sekolah-sekolah di negara-negara maju seperti United Kingdom menangani masalah yang dihadapi melalui Program Mencipta Semula Sekolah (School Remodeling Programme).

Usaha yang serupa turut dilaksanakan di New Zealand dengan nama ‘Extending High Standards Across School Project’ (EHSAS), katanya lagi sambil menambah bahawa usaha-usaha ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam pelbagai aspek.

Ceramah di dalam kursus tersebut telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari SMK Limbanak, Brenda Lajingah, dan Penolong Kanan Pentadbiran Petang SMK Limbanak, Lourdes Batin.

See also  BookXcess launches innovative 1-for-1 book donation drive

Objektif kursus tersebut diadakan ialah untuk membantu peserta kursus untuk memahami dan mengaplikasikan model-model mengurus dan menerajui perubahan berasaskan ‘Model Kotter’.

Objektif lain pula adalah memahami dan mengaplikasikan model-model pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi.

 

 

Gary Louis Supi