
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, projek yang julung kalinya diadakan di negara ini akan dilaksanakan dan dimajukan oleh penduduk orang asli yang menjadi perintis bekerja secara sukarela.
Menurutnya, sebelum ini, penduduk orang asli terpaksa keluar untuk memperolehi
hidro mereka boleh mendapatkan tenaga elektrik dari sungai berdekatan dengan rumah mereka.
“Sehubungan itu, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM15,000 daripada jumlah keseluruhan RM80,000 ditaja bersama syarikat korporat serta badan bukan kerajaan (GLC) untuk membeli mesin mikro hidro di mana ia merupakan satu pendekatan daripada kerajaan Selangor memberdayakan warga orang asli di negeri ini.

Ditanya tempoh membina mikro hidro, Elizabeth berkata, ia mengambil masa kira-kira enam bulan.
“Saya berpendapat projek ini memberi banyak manfaat, menambah sumber pendapatan dan aktiviti sosio ekonomi penduduk orang asli di kawasan ini,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai isu rezab tanah penduduk orang asli, Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, kerajaan negeri sedang dan dalam perancangan untuk melaksanakan projek pemetaan dan ukur untuk mengenalpasti seluruh kawasan tanah di Selangor.
Bagi merealisasikan hasrat itu, menurutnya, seluruh pegawai daerah (DO) telah diarahkan mengenalpasti kawasan mempunyai penduduk orang asli untuk digazetkan.
“Antara tanah penduduk orang asli sudah (dipeta dan diukur) di Sepang memakan masa selama enam bulan dianggarkan lebih kurang 60 penempatan kampung orang asli seluruh Selangor,” katanya.








