Penduduk orang asli Tanjung Rambai perintis projek Mikro Hidro

Penduduk orang asli Tanjung Rambai perintis projek Mikro Hidro

 

 

Kerajaan Selangor melancarkan projek Mikro Hidro menjana tenaga elektrik dari sungai melibatkan 25 buah rumah di kampung Orang Asli Tanjung Rambai, Hulu Langat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, projek yang julung kalinya diadakan di negara ini akan dilaksanakan dan dimajukan oleh penduduk orang asli yang menjadi perintis bekerja secara sukarela.

Menurutnya, sebelum ini, penduduk orang asli terpaksa keluar untuk memperolehi minyak gasoline menjana elektrik pada sebelah malam tetapi menerusi projek mikro

hidro mereka boleh mendapatkan tenaga elektrik dari sungai berdekatan dengan rumah mereka.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Sehubungan itu, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM15,000 daripada jumlah keseluruhan RM80,000 ditaja bersama syarikat korporat serta badan bukan kerajaan (GLC) untuk membeli mesin mikro hidro di mana ia merupakan satu pendekatan daripada kerajaan Selangor memberdayakan warga orang asli di negeri ini.

See also  Marina Ibrahim swaps politics for Orang Asli community work

“Apa yang penting keluarga orang asli tidak perlu bergelap khususnya anak-anak mereka ingin mengulang kaji pelajaran waktu malam,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran projek Mikro Hidro di Kampung Orang Asli Tanjung Rambai, Hulu Langat, lewat petang tadi.

Ditanya tempoh membina mikro hidro, Elizabeth berkata, ia mengambil masa kira-kira enam bulan.

“Saya berpendapat projek ini memberi banyak manfaat, menambah sumber pendapatan dan aktiviti sosio ekonomi penduduk orang asli di kawasan ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai isu rezab tanah penduduk orang asli, Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, kerajaan negeri sedang dan dalam perancangan untuk melaksanakan projek pemetaan dan ukur untuk mengenalpasti seluruh kawasan tanah di Selangor.

See also  Marina Ibrahim swaps politics for Orang Asli community work

Bagi merealisasikan hasrat itu, menurutnya, seluruh pegawai daerah (DO) telah diarahkan mengenalpasti kawasan mempunyai penduduk orang asli untuk digazetkan.

“Antara tanah penduduk orang asli sudah (dipeta dan diukur) di Sepang memakan masa selama enam bulan dianggarkan lebih kurang 60 penempatan kampung orang asli seluruh Selangor,” katanya.