Dua lelaki yang sering melakukan jenayah peras ugut di sekitar Sandakan, dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan baru baru ini.
Thien Vun Ket, 30 dan Fong Kah Soon, 26, telah dijatuhkan hukuman tersebut di hadapan hakim, Indra Haji Ayub.
Mereka mengaku memeras ugut seorang wanita yang berusia 22 tahun yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar kawasan Bandar Kim Fung, Batu 4 Sandakan.
Jenayah tersebut dilakukan lebih kurang pukul 6.30 pagi pada 28 Februari lepas.
Kegiatan mereka selama ini telah dapat dihidu oleh anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah yang kemudiannya bertindak pantas menangkap mereka.