Penduduk di kawasan Baram tiada bekalan elektrik

Penduduk di kawasan Baram tiada bekalan elektrik

Hampir semua kampung di kawasan Baram tidak mempunyai bekalan elektrik dan mereka hanya bergantung kepada kuasa mesin janakuasa yang menggunakan minyak diesel sahaja.

Penduduk Kampung Long Lamai di Hulu Baram telah  mengalami kesulitan selama 50 tahun kerana tidak mempunyai bekalan elektrik.

Rata-rata semua penduduk kampung merungut kerana kanak-kanak sekolah tidak boleh belajar dan mereka juga tidak boleh melakukan sebarang kerja pada waktu malam.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Hampir semua kampung di kawasan Baram tidak mempunyai bekalan elektrik dan mereka hanya bergantung kepada kuasa mesin janakuasa yang menggunakan minyak diesel sahaja.

Penggunaan mesin janakuasa ini pula hanya terhad dan ianya hanya disalurkan ke balai raya dan gereja sahaja. Tambahan pula, harga diesel yang semakin meningkat menyebabkan penggunaan mesin ini terhad.

Beberapa organisasi bukan kerajaan telah mengusahakan penjanaan kuasa melalui kuasa solar.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Projek e-Lamai di Kampung Long Lamai rata-rata menggunakan kuasa solar yang diderma oleh Kerajaan Jepun dan diurus selanggara oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Walaupun kawasan Hulu Baram mempunyai banyak sungai, tetapi sehingga sekarang tidak ada usaha konkrit untuk menjana kuasa elektrik dengan menggunakan kuasa Hidro selain daripada usaha persendirian orang kampung yang membina mini-Hidro untuk menjana kuasa.

Keadaan ini sekiranya berterusan akan menyebabkan penduduk di Baram dan khususnya di Long Lamai mengalami kesulitan dan tidak boleh maju ke hadapan.

Gayut Lim