Negara masih kekurangan 14,000 guru J-Qaf

Negara masih kekurangan 14,000 guru J-Qaf

Negara masih kekurangan kira- kira 14,000 guru untuk program pendidikan Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) dalam usaha memperkasakan program itu di semua peringkat sekolah pada masa depan.

Gambar hiasan

Negara masih kekurangan kira- kira 14,000 guru untuk program pendidikan Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) dalam usaha memperkasakan program itu di semua peringkat sekolah pada masa depan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sehubungan itu, kementerian merancang untuk menambah lebih ramai guru J-Qaf bagi menampung kekurangannya di seluruh negara sekaligus mencapai sasaran untuk memperoleh 33,000 orang guru pada masa depan.

“Kita mempunyai perancangan secara berperingkat, kerajaan akan menambah lebih ramai guru agar dapat memastikan semua sekolah dari peringkat rendah hingga ke sekolah menengah mempunyai peluang menguasai program itu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai sejauh mana J-Qaf berjaya mendidik murid menguasai tulisan Jawi dan adakah program itu akan dilanjutkan ke sekolah menengah pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

See also  APU and apoQlar to transform XR healthcare education

Wee berkata perkara itu penting bagi membolehkan program J-Qaf melahirkan lebih ramai pelajar aliran agama yang berkualiti dan berdaya saing selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang memberi penekanan kepada transformasi ke arah kecemerlangan.

Beliau berkata program J-Qaf yang dilaksana sejak 2004 dapat meningkatkan penguasaan murid bukan sahaja dalam tulisan Jawi malah dalam bacaan Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain.

Laporan kajian pelaksanaan menunjukkan 92.12 peratus murid program J-Qaf menguasai Jawi, 99.1 peratus menguasai Al-Quran, Bahasa Arab (84.71 peratus) dan Bestari Solat (99.39 peratus), katanya.

Beliau berkata berdasarkan keberkesanan program itu, kementerian akan melaksanakan program J-Qaf di sekolah menengah apabila program itu sempurna dilaksanakan di semua sekolah rendah.

See also  AWS skills to jobs tech alliance launches in Malaysia

“Program J-Qaf sangat wajar dilanjutkan ke sekolah menengah kerana bukan sahaja memberi kefahaman yang mendalam tetapi dapat meningkatkan penghayatan murid yang dijelmakan dalam amalan seharian,” katanya.

-Bernama