Hamisa Samat: Anak permata keluarga

Hamisa Samat: Anak permata keluarga

Anak-anak merupakan permata bagi setiap ibu bapa dan mereka harus dibekalkan dengan ilmu pengetahuan kerana ia penting bagi menjamin masa depan keluarga.

Anak-anak merupakan permata bagi setiap ibu bapa dan mereka harus dibekalkan dengan ilmu pengetahuan kerana ia penting bagi menjamin masa depan keluarga.

Walau apa rintangannya sekalipun, ibu bapa seharusnya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan anak-anak mereka pendidikan yang yang baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Hamisa Samat, mengingatkan ibubapa supaya tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab mereka kerana ia akan menjadikan masa depan anak-anak mereka malap.

“Kita mahu ibu bapa mengambil berat mengenai soal penting seperti ini. Jangan ambil mudah kerana kita tidak tahu sejauh mana kemampuan anak-anak ini boleh dikembangkan,” ujar Hamisa.

“Kita di pihak kerajaan mempunyai banyak bantuan yang boleh digunakan bagi memastikan masalah keciciran anak-anak ke sekolah diatasi,” ujar beliau di Program Mesra Jiran Kampung Kuala Merotai, Tawau.

See also  Safeguarding children's privacy on social media

Hamisa yang juga Ketua Wanita UMNO Kalabakan mahu semua Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bergerak aktif mencari keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Menurut beliau, ia bertujuan untuk memastikan semua anggota masyarakat terutamanya di luar bandar akan mendapat pembelaan yang berterusan tanpa mengira kaum atau fahaman politik.

“Kita perlu sedar bahawa golongan seperti ini memerlukan pembelaan yang sewajarnya. Masyarakat tidak seharusnya mengamalkan sikap tunggu dan lihat tetapi bergerak aktif mencari golongan miskin,” katanya lagi sambil melahirkan harapan bagi mereka yang menerima bantuan tersebut agar menjadikan ia sebagai pembakar semangat bagi mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan.

Beliau juga menyeru agar mereka tidak seharusnya meratapi nasib mereka kerana ia merupakan dugaan daripada Allah, sebaliknya menjadikannya sebagai dorongan untuk gigih berusaha merubah kehidupan.

See also  Penang set to host 'Leela Jhansi': A poignant exploration of child marriage

Gary Louis Supi