Seminar perubatan berteraskan Islam di Beluran

Seminar perubatan berteraskan Islam di Beluran

Satu seminar perubatan Islam yang meliputi pencegahan sihir, dan santau telah dianjurkan di Beluran pada Ahad baru-baru ini.

Seramai 120 orang peserta telah berpeluang untuk melihat cara-cara perubatan Islam yang meliputi pencegahan sihir, dan santau dalam satu seminar yang dianjurkan disini pada Ahad baru-baru ini.

Seminar Perubatan Islam Berteraskan Al-Quran yang dianjurkan secara bersama diantara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Beluran dan Pertubuhan Peladang Kawasan Beluran, telah dikendalikan oleh pengamal perubatan Islam yang bertauliah dan terkenal di negara ini iaitu Dr. Sharhan Shafie.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurut Penolong Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Beluran, Mardi Ariffin, seminar tersebut diadakan selama dua hari bermula pada Ahad dan bertempat di Pejabat Peladang Kawasan Beluran.

Mardi berkata, “Antara pengisian pada hari pertama ialah seminar perubatan Islam selain daripada sesi rawatan kepada pengunjung yang ingin mendapatkan rawatan berteraskan perubatan Islam, pada hari kedua adalah seminar.”

Para peserta seminar terdiri daripada Imam, golongan remaja dan orang dewasa yang datangn dari sekitar negeri ini iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Beluran, katanya lagi sambil menambah bahawa anjuran seminar tersebut juga mendapat kerjasama  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Sabah (PERKIPS) dan Mahkamah Anak Negeri Beluran.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

 

Gary Louis Supi