Pengindahan sungai didik kesedaran masyarakat

Pengindahan sungai didik kesedaran masyarakat

Tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga dan memelihara serta memahami kepentingan sungai kepada umum perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga dan memelihara serta memahami kepentingan sungai kepada umum perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam,Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz, majlis sentiasa mengadakan program untuk meningkatkan kesedaran penduduk untuk menjaga alam semulajadi termasuk sungai khususnya di kawasan ini.

Jelasnya, Program LA 21 Selangor ,Pengindahan Dan Pemuliharaan Alam Semulajadi yang akan diadakan pada 9 April itu juga menampilkan pelbagai acara lain antaranya penanaman pokok,perasmian ‘Smart Bin’ dan ‘River Rangers’ serta gotong-royong.

“Lokasi program ini akan diadakan di Pengkalan Batu dan Pengkalan Kampar serta turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

See also  Ipoh City Council ensures food safety ahead of Deepavali

“Malah majlis juga mengalu-alukan penyertaan daripada penduduk setempat untuk sama-sama memeriahkan acara yang bakal diadakan nanti,” katanya.

Norfiza berkata, program yang diadakan itu juga bertujuan untuk mendidik masyarakat untuk menghargai kebersihan termasuk sungai dan kawasan sekitar.

Menurutnya, program yang bermula seawal jam 8 pagi itu juga turut menampilkan aktiviti sampingan lain antaranya senamrobik dan pertandingan memancing yang menawarkan hadiah menarik kepada pemenang.