Lawatan dan nasihat keatas pemilik rumah di Sungai Way

Lawatan dan nasihat keatas pemilik rumah di Sungai Way

Pihak polis Petaling Jaya akan mengadakan lawatan ke setiap rumah dan asrama di Sungai Way mempunyai peti polis dan menasihatkan mereka supaya tidak menggantung di pagar rumah.

Pihak polis Petaling Jaya akan mengadakan lawatan ke setiap rumah dan asrama di Sungai Way mempunyai peti polis dan menasihatkan mereka supaya tidak menggantung di pagar rumah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata peti lawatan polis yang digantung di kawasan itu diluar tanggungjawab dan perhatian pihaknya.

”Pemilik yang meletakkan peti polis sendiri dan kita juga tidak lawat rumah-rumah sewa tersebut namun rondaan polis dibuat seperti biasa di kawasan itu,” katanya

Menurutnya penggunaan peti lawatan polis tidak dipraktikkan di Petaling Jaya kerana ianya hanya akan membuat tugas rondaan tidak lancar.

”Kita tidak mahu anggota kita keluar dan hanya memburu peti-peti ini, walaubagaimanapun peti lawatan polis menjadi ’check point’ kepada kita untuk membuat rondaan di satu-satu kawasan sahaja,”katanya ditemui Komunitikini hari ini.

See also  Discover modern living at TuJu Residences & Retail

Arjunaidy berkata VIP dan kenamaan sebagai contoh pembesar negara misalnya diberi keutamaan untuk peti lawatan polis ini tetapi tidaklah sampai satu kawasan ada sepuluh peti lawatan,” katanya

Sehubungan itu, menurutnya, anggotanya akan menasihati penduduk tidak menggantungkan peti polis sesuka hati.

MBPJ ambil tindakan tegas

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya pemilik didapati tidak mempunyai kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengubahsuai rumah mereka untuk dijadikan asrama dan rumah sewa yang mempunyai banyak bilik.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara ini kerana ianya boleh membahayakan jiran-jiran sekeliling termasuk jika sekiranya lintas pintas ianya juga boleh menyebabkan kebakaran.

See also  Savvy @ Riana Dutamas: Redefining urban living

“Masalah dan aduan penduduk di kawasan tersebut akan diberi perhatian segera oleh pihaknya.

”Kita akan siasat perkara ini termasuk masalah gerai makan, premis yang beroperasi secara tidak sah termasuk yang didapati ianya melanggar peraturan yang ditetapkan, MBPJ akan ambil tindakan,” katanya.