Sepak takraw: 17 tahun tanpa pingat emas

Sepak takraw: 17 tahun tanpa pingat emas

Ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan Jamaluddin Hassan mahu melihat anak didiknya melangkah ke perlawanan akhir Sukan Sea di Indonesia November ini.

Ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan Jamaluddin Hassan mahu melihat anak didiknya melangkah ke perlawanan akhir Sukan Sea di Indonesia November ini.

Meskipun mengidam emas, beliau tidak berani meletakkan sasaran terlalu tinggi dan perlu melihat dahulu kemampuan anak buahnya yang hanya akan memulakan latihan Ahad ini.

“Siapa yang tidak mahu emas. Bagaimanapun saya harus melihat dulu kemampuan pemain yang ada dan memantau perkembangan mereka sehingga hujung tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Jamaluddin berkata beliau akan menggabungkan kepakaran dan pengalaman pemain lama dengan bakat baru untuk mewujudkan regu yang kuat.

“Saya juga akan melatih kekuatan mental para pemain supaya mereka fokus disamping memberi mereka lebih pendedahan di peringkat antarabangsa mengikut dana yang ada,” katanya.

See also  Thamaraj makes history with Silat gold in Abu Dhabi

Seramai 17 pemain yang telah disenarai pendek termasuk Noor Azman Abdul Hamid dan Farhan Adam yang pernah beraksi pada Sukan Asia tahun lalu, akan mendaftar diri untuk menjalani latihan pusat di Kompleks Sukan Bukit Jalil Ahadini.

Menurut Jamaluddin, sasaran jangka panjang pasukannya ialah untuk turut membawa pulang emas dari Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Kali terakhir Malaysia meraih emas menerusi acara sepak takraw di Sukan Asiaialah pada tahun 1994 di Hiroshima, Jepun.

“Saya masih belum nampak siapa yang akan menjadi regu emas kita di Korea.Kemungkinan besar saya perlu merombak semula kombinasi regu Sukan Asia tahun lepas,” katanya.

Selain Sukan Sea, skuad sepak takraw akan turut menyertai kejohanan Sepak takraw Piala Dunia Istaf (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) di KualaLumpur dari 21 hingga 24 Julai ini dan Kejohanan Siri Super Istaf pada September dan November ini.

See also  Jameson’s Jingle in the Court: A Christmas bash like no other

— Bernama