Isu tanah rezab USJ6 Subang Jaya diputuskan 4 Mei ini

Isu tanah rezab USJ6 Subang Jaya diputuskan 4 Mei ini

Keputusan rancangan pembinaan bangunan komersil di tanah rezab Telekom Malaysia (TM) USJ 6 Subang Jaya diluluskan atau sebaliknya akan diketahui pada 4 Mei ini.

Keputusan rancangan pembinaan bangunan komersil di tanah rezab Telekom Malaysia (TM) USJ 6 Subang Jaya diluluskan atau sebaliknya akan diketahui pada 4 Mei ini.

Perkara itu diputuskan oleh Lembaga Rayuan Kerajaan Negeri Selangor, yang dipengerusikan Datuk Abu Bakar Awang bersama dua orang ahlinya iaitu Ho Khong Ming dan Datuk Azmeer Rashid selepas mengambil kira hujahan daripada peguam mewakil pemaju dan penduduk lewat petang tadi.

Masalah berhubung “Traffic Impact Assessment” (TIA) dan kesesakan jalan raya teruk di kawasan perumahan USJ 6 Subang Jaya menjadi topik hangat diperdebatkan berikutan bantahan daripada penduduk Subang Jaya sebelum ini.

Penduduk membantah keputusan “state planning committee” jawatankuasa perancangan kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) meluluskan permohonan membina sebuah bangunan komersil setinggi sembilan tingkat berserta dua tingkat parkir kereta bawah tanah pada Nov 2008.

Semasa sesi rayuan berlangsung, wakil peguam mewakili penduduk, Gobind Singh Deo mempertikaikan status kelulusan diberikan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada pemaju untuk membangunkan sebagai bangunan komersil sembilan tingkat dengan dua lot parkir kenderaan.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Menurutnya, status kawasan tersebut ialah kawasan lapang dan tanah rezab milik Telekom Malaysia (TM) dan ia masih kekal sehingga hari ini.

“Pelan kawasan USJ 6 Subang Jaya diklasifikasikan sebagai tanah rezab (TM) merujuk kepada draf Rancangan Tempatan MPSJ 2020.

“USJ 6 merupakan kawasan kediaman dan bukannya komersial, jika dibina bangunan komersil akan bertentangan dengan draf,” katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan adakah Rancangan Tempatan (RT) pembinaan itu disahkan atau mendapat bantahan daripada penduduk sebelum ia diluluskan.

Menurutnya ini kerana tiada maklumat diterima oleh penduduk kerana berdasarkan draf RT ia ditandakan dengan warna hijau (kediaman) sebab itu tiada bantahan,” ujarnya.

“Selain itu, kajian TIA menunjukkan F tidak sesuai untuk pembangunan, tidak dibuat secara menyeluruh mengambil kira risiko serta impak dihadapi penduduk USJ 6 khususnya dan Taipan Subang Jaya amnya,” jelasnya.

Sementara itu, peguam mewakili pemaju dan pemilik tanah, Abu Bakar Jais mempertahankan keputusan kajian diperolehi daripada “Traffic impact assessment” (TIA) menunjukkan `F` iaitu “saturated traffic” kesesakan jalan raya teruk serta tidak sesuai untuk pembangunan.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Menurutnya, pihaknya mempunyai cara untuk mengatasi masalah akan dihadapi penduduk berhubung kesesakan teruk tersebut.

“Kita telah mendengar penerangan (kesesakan jalan raya teruk) sebelum ini, bagi mengatasi kesesakan kita memberikan syarat seperti melebarkan jalan serta membina laluan alternatif di kawasan tersebut.

“TIA bukan satu keperluan untuk bantahan hanyalah sebagai perkara sampingan sahaja,” katanya merujuk kepada maklumat diperolehi daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Pengarah jabatan kejuruteraan dan bangunan MPSJ, Anita Abdul Jalil berkata isu berhubung status tanah TM tidak timbul.

Menurutnya status asal tanah adalah untuk pembangunan komersial sejak tahun 2005.

“Masa draf RT, kita silap menandakan kawasan ini hijau (kediaman) sedangkan ia adalah tanah dikomersialkan,” ujarnya.

Ketika ditemui semasa mengikuti sesi rayuan, ADUN Subang Jaya Hannah Yeo memberitahu tidak wajar pembangunan komersial dilaksanakan di tanah rezab TM kerana berhampiran dengan kawasan perumahan.

Menurutnya masalah teknikal seperti kesesakan jalan raya teruk dan kajian TIA turut mengesahkannya.

“Ia tidak mampan dan tidak sesuai dibina di kawasan berhampiran penduduk,” katanya.