Kecuaian guna peralatan dapur punca kebakaran

Kecuaian guna peralatan dapur punca kebakaran

Kecuaian di dalam menggunakan peralatan memasak merupakan punca yang dikenal pasti oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai penyebab beberapa kes kebakaran.

Kecuaian di dalam menggunakan peralatan memasak merupakan punca yang dikenal pasti oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai penyebab beberapa kes kebakaran.

Penolong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Rashid Musi berkata, peralatan mudah terbakar juga sering diletakkan berhampiran dengan kawasan memasak yang boleh menyebabkan api merebak dengan mudah.

Oleh itu, golongan suri rumah dinasihatkan supaya menitikberatkan aspek keselamatan di rumah terutamanya ketika memasak di dapur, kata beliau selepas menghadiri Seminar Keselamatan Kebakaran bersama suri rumah .

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Seminar yang berlangsung di Batu 3, di Sandakan juga dihadiri oleh ahli Persatuan Wanita, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Isteri Pegawai Penjara, Bomba dan Tentera.

Penganjuran seminar tersebut yang merupakan aktiviti bulanan Bomba, diharap akan dapat memberi pengetahuan kepada suri rumah dan wanita dalam mencegah kebakaran di rumah atau di mana-mana sahaja, kata Rashid sambil menambah bahawa  kelalaian seperti meninggalkan api masakan dalam jangka masa yang lama juga turut menyumbang kepada kebakaran.

Dalam seminar tersebut, aspek-aspek dan langkah-langkah pencegahan seperti cara-cara menggunakan alat pemadam api yang betul untuk memadam kebakaran, telah dikongsi bersama peserta.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

 

Gary Louis Supi