Rumah panjang terbakar di Sibu

Rumah panjang terbakar di Sibu

Sebuah rumah panjang Iban Rh. Bala anak Angan, di Sungai Buloh, kira-kira 3 km dari bandar Selangau di sini musnah dalam kebakaran menyebabkan 27 keluarga hilang tempat tinggal.

Sebuah rumah panjang Iban Rh. Bala anak Angan, di Sungai Buloh, kira-kira 3 km dari bandar Selangau di sini musnah dalam kebakaran menyebabkan 27 keluarga hilang tempat tinggal.

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 pagi itu, seorang lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan apabila cuba menyelamatkan barangannya dan kini dirawat di Hospital Sibu.

Joseph Mauh Ikeh, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin sebelum pembubaran DUN pada Isnin lepas untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-10, apabila dihubungi Bernama berkata beliau dimaklumkan mengenai kebakaran itu ketika dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah majlis berhampiran SMK Balingian.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya dalam tempoh setengah jam keseluruhan rumah panjang itu musnah dijilat api yang dipercayai bermula dari bahagian dapur.

Mauh berkata beliau telah memberi RM1,000 bagi setiap keluarga dan menambah peruntukan RM7,000 lagi daripada tabung Projek Kecil Luar Bandar untuk membeli makanan dan barang-barang keperluan.

— BERNAMA

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →