Masalah sampah 500kg di Langkawi

Masalah sampah 500kg di Langkawi

Rancangan gotong royong mengutip sampah itu dalam lebih 200 ratus beg… plastik.

Lebih 500 kilogram sampah-sarap dikutip pada program gotong-royong bagi membersihkan beberapa buah pulau di Langkawi semalam.

Pengerusi jawatankuasa program, Mohd Afendy Abdullah berkata semua sampah itu termasuk plastik, kertas serta botol diisi dalam lebih 200 beg plastik besar dan dibawa ke perkarangan kompleks latihan perahu layar di sini untuk diambil oleh pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Langkawi.

Katanya Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Singa Kecil dan Pula uBeras Basah adalah antara pulau yang dibersihkan.

Seramai 160 peserta dari pelbagai agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan mengambil bahagian dalam projek gotong-royong tersebut dan sebanyak 20 bot disediakan membawa peserta ke pulau-pulau terbabit.

See also  Parkson’s Think Green Act Green 2024 returns

Mohd Afendy turut menasihati pengunjung supaya bertangungjawab menjaga kebersihan pulau-pulau dan jangan membuang sampah di merata tempat yang boleh menjejaskan keindahan pulau peranginan itu.

– Bernama