Dua premis makanan diarah tutup abaikan kebersihan

Dua premis makanan diarah tutup abaikan kebersihan

Tindakan notis penutupan itu, setelah anggotanya menjumpai beberapa ekor lipas mati serta najis tikus di premis makanan tersebut, ujar Timbalan Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Amran Jali.

Dua premis makanan diarah tutup serta merta kerana didapati mengabaikan kebersihan serta tidak mematuhi gred ditetapkan Jabatan Kesihatan Klang dalam satu operasi di sekitar Jalan Istana, Klang dekat sini.

Dalam pemeriksaan mengejut disertai penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu, sebanyak 11 premis kedai makan dan restoran diperiksa manakala dua notis penutupan dikenakan terhadap pengusaha premis yang dikesan tidak mematuhi syarat.

Timbalan Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Amran Jali berkata tindakan notis penutupan itu, setelah anggotanya menjumpai beberapa ekor lipas mati serta najis tikus di premis makan tersebut.

Menurutnya, berdasarkan sistem penggredan jabatan kesihatan, kedua-dua premis diarahkan tutup setelah pemeriksaan mendapati markah dibawah 50.

See also  Dewakan earns first MICHELIN Green Star, two-star rating

“Sistem penggredan adalah mengikut pemarkahan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan MPK iaitu gred C untuk premis yang menerima markah 50 hingga 70, gred B untuk markah 71 hingga 84, manakala markah dari 85 hingga 100 bagi gred A,” katanya kepada pemberita, semalam.

Mengulas lanjut, Amran berkata, antara kesalahan dikesan semasa pemeriksaan seperti sistem saluran sisa makanan dalam longkang tersumbat sekali gus menyebabkan sisa terkumpul sekali gus tidak mematuhi syarat ditetapkan dibawah akta makanan 1983.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya telah memberikan notis peringatan kepada pengusaha pada 12 Disember dan awal bulan Mac lalu.

“Pengusaha premis diberi tempoh dua minggu untuk membersihkan premis dan boleh mengemukakan surat rayuan kepada jabatan kesihatan daripada tarikh notis dikeluarkan sekiranya mahu premis beroperasi semula,” katanya.

See also  Join the heart health movement with NESTLÉ OMEGA PLUS®

Sehubungan itu, Amran berkata tindakan serta pemantauan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan terus dilakukan dalam tempoh notis yang diberikan.

“Sekiranya mereka gagal mematuhi syarat ditetapkan atau meneruskan operasi tanpa kebenaran, tindakan mahkamah termasuk pembatalan lesen atau permohonan lesen untuk peringkat selanjutnya akan dibatalkan serta merta,” tegasnya.