Hospital Kangar ‘turun padang’

Hospital Kangar ‘turun padang’

Menerusi satu pendekatan yang agak berbeza tetapi memudahkan orang ramai, pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kini turut memberi rawatan kepada pesakit terus di rumah mereka.

Menerusi satu pendekatan yang agak berbeza tetapi memudahkan orang ramai, pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kini turut memberi rawatan kepada pesakit terus di rumah mereka.

Namun kaedah perubatan seperti ini adalah tertakluk kepada jenis penyakit dan keadaan pesakit.

Sekumpulan unit bantuan rawatan HTF hari ini mengunjungi rumah pesakit strok Ariffin Kassim, 73, di Kampung Abi Bohor Kebal di sini untuk memberi rawatan.

“Unit bantuan rawatan kami akan pergi ke setiap rumah pesakit bergantung kepada keperluan pesakit. Jika keadaan pesakit agak teruk dan memerlukan perhatian yang lebih, mungkin kita akan pergi sekali seminggu,” kata Pengarah HTF, Dr Ahmad Nordin Mohd Jais di rumah Ariffin.

Beliau berkata pihaknya mengambil inisiatif untuk “turun padang” kerana memahami keperluan masyarakat dan prihatin dengan masalah mereka yang sukar untuk mendapat rawatan di hospital.

See also  Stemcell First revolutionises cancer care and prevention

Sejak dilancarkan perkhidmatan ini pada 7 Mac lalu, HTF telah menyenarai kira-kira 30 orang pesakit kronik seperti strok, talasemia dan kanser yang memerlukan rawatan di rumah.

Dr Ahmad Nordin berkata semasa kunjungan ke rumah pesakit, ahli keluarga pesakit akan turut didedahkan dengan panduan pemakanan, khidmat kaunseling, cara pengambilan ubat-ubatan untuk pesakit yang akan disampaikan oleh doktor dan jururawat.

“Sejak awal bulan ini, lebih 10 pesakit sudah menerima rawatan di rumah dan hari ini kita akan pergi ke empat buah rumah lagi termasuk dua rumah pesakit talasemia di Kuala Perlis,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang memerlukan perkhidmatan seumpama itu boleh berhubung dengan HTF di talian 04-973888 sebelum disambungkan ke pegawai-pegawai berkenaan.

See also  OncoCare brings top cancer care to Malaysia

Isteri kepada Ariffin, Rahmah Md Arif, 59, berkata beliau terkejut tetapi berasa bertuah dengan kunjungan lebih 20 kakitangan unit bantuan rawatan HTF ke rumahnya seawal 9 pagi tadi.

“Kami bersyukur dan sangat mengalu-alukan kehadiran pihak unit bantuan rawatan HTF kerana sukar bagi kami sekeluarga untuk membawa suami saya untuk menerima rawatan di hospital dalam keadaanya seperti ini,” katanya.

Beliau berkata sejak suaminya terpaksa berhenti menjual ais krim setelah disahkan menghidap strok tiga bulan lalu, suaminya hanya terlantar dan tidak boleh bergerak.

“Saya dan anak-anak turut ditunjuk cara dan panduan tentang penjagaan tiub saluran kencing suami saya. Saya kini lebih faham dan yakin untuk menguruskan suami saya,” kata Rahmah.

— BERNAMA