Kontraktor Kelas F digalak rebut 12 bidang NKEA

Kontraktor Kelas F digalak rebut 12 bidang NKEA

Golongan kontraktor Bumiputera perlu mempelbagaikan kemahiran terutama dalam bidang perniagaan untuk terus maju dan menguasai ekonomi negara yang kian berkembang.

Golongan kontraktor Bumiputera perlu mempelbagaikan kemahiran terutama dalam bidang perniagaan untuk terus maju dan menguasai ekonomi negara yang kian berkembang.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata mereka boleh mempelbagaikan perniagaan melalui 12 Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) dan mengharapkan ekonomi yang makin berkembang dapat memberikan pulangan yang baik kepada kontraktor kelas F dan semua.

“Kontraktor ataupun usahawan janganlah asyik tumpu kepada satu bidang sahaja tetapi rebutlah 12 bidang NKEA dan jangan biarkan peluang berlalu begitusahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Kuala Lumpur (PERKOBF-KL) ke-14 di sini hari ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Ahmad berkata 12 bidang itu ialah minyak dan gas; sawit dan produk berasaskan sawit; kewangan; pemborongan dan peruncitan; pelancongan; teknologi komunikasi dan maklumat; elektrik dan elektronik; pendidikan; perkhidmatan perniagaan; penjagaan kesihatan swasta; pertanian dan The Greater Kuala Lumpur.

“Saya harap kepelbagaian mereka itu biarlah bermula dari kecil, untuk Bumiputera kuasai ekonomi adalah melalui perniagaan dan jika Bumiputera tidak berniaga, kita mungkin tidak akan dapat sebahagian kek ekonomi yang ada,”katanya.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berharap semua agensi berkaitan termasuk Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu),Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) meningkatkan usaha untuk mendedahkan perkara ini kepada Bumiputera agar golongan itu tidak ketinggalan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Semua agensi ini perlu beri pendedahan dengan maklumat yang lebih mendalam kerana tidak semua orang tahu pasal NKEA ini dan ini akan merugikan kita,”katanya.

— BERNAMA