Bantuan RM25 juta untuk pelajar tidak berbaur politik, kata Wee

Bantuan RM25 juta untuk pelajar tidak berbaur politik, kata Wee

Kementerian Pelajaran menerusi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) menyalurkan bantuan sebanyak RM25,162,300 kepada 47,159 pelajar pada tahun ini, kata Timbalan Menterinya Dr Wee Ka Siong.

Kementerian Pelajaran menerusi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) menyalurkan bantuan sebanyak RM25,162,300 kepada 47,159 pelajar pada tahun ini, kata Timbalan Menterinya Dr Wee Ka Siong.

Jumlah tersebut berkurangan berbanding tahun lalu memandangkan kerajaan kini hanya akan menyalurkan bantuan kepada mereka yang mendaftar dengan e-Kasih, katanya.

“Pada tahun lepas jumlah penerima adalah lebih besar iaitu kira-kira 631,000 penerima melibatkan peruntukan RM160 juta kerana kita menggunakan data e-Kasih dan nama yang diberikan oleh jawatankuasa yang menapis penerima yang layak daripada pihak sekolah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Wilfred Bumburing (BN-Tuaran) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana pelajar yang dirasakan layak tetapi tidak tersenarai dalam e-Kasih pada tahun ini boleh memohon kepada pihak sekolah untuk mendaftar dalam e-Kasih.

See also  Porous Campus Model: Bridging industry and academic innovation

“Tetapi keputusan tersebut tertakluk kepada jawatankuasa yang diberi mandat bagi menapis pelajar yang layak  menerima bantuan berkenaan,” katanya.

Bumburing ingin tahu sebab bilangan penerima bantuan KWAMP berkurangan berbanding tahun lepas dan sama ada pihak sekolah akan membantu pelajar mendaftar dalam e-Kasih.

Menjawab soalan asal Bumburing yang ingin tahu dasar kerajaan berkaitan pelajar-pelajar di bawah skim KWAPM, Wee berkata bantuan itu diberikan kepada pelajar miskin yang layak dari tahun satu hingga tingkatan satu bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi menjana kecemerlangan pendidikan mereka tanpa mengira agama dan kaum.

Menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang ingin tahu jika penyampaian bantuan kepada pelajar tidak melibatkan pemimpin politik, beliau berkata penglibatan pemimpin politik dalam majlis penyampaian bantuan bukan dasar yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran.

See also  Sri KDU’s Arabian Nights musical raises funds for charities

“Cuma dari segi sumbangan yang diberikan pemimpin tersebut yang mungkin terlibat dalam memperjuangkan bantuan kepada pelajar-pelajar miskin ini menyebabkan pihak sekolah memberi penghormatan kepada mereka untuk menyampaikan bantuan tersebut.

“Kita memang tidak menggalakkan ucapan berbaur politik di sekolah malah kita akan lebih menasihatkan kepada para pelajar supaya lebih bekerja keras supaya berjaya hingga menjadi golongan profesional dan mengubah nasib mereka,” katanya.

– Bernama