Sibu dianugerah Klinik 1Malaysia ketiga

Sibu dianugerah Klinik 1Malaysia ketiga

Kerajaan negeri Sarawak akan memohon kepada kerajaan pusat supaya membuka dua lagi klinik 1Malaysia di kawasan Durin danParadom dekat sini, kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Negeri, Wong Soon Koh.

Permohonan tersebut adalah atas permintaan penduduk di kawasan itu, katanya semasa merasmikan pelancaran awal klinik 1Malaysia di kawasan penempatan Rejang Park di sini hari ini.

Klinik dengan kos RM250,000 itu merupakan klinik ketiga di bandar Sibu selepas klinik sama di Teku Road dan Sungai Bidut.

Wong berkata klinik terbaru itu akan membantu mengurangkan peningkatan bilangan pesakit di Poliklinik Oya Road.

Beliau berkata klinik itu akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

See also  Sunway Medical Centre wins prestigious award for 3rd year

Program Klinik 1Malaysia diwujudkan selaras dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam menikmati perkhidmatan kesihatan.

– Bernama