Pemaju digesa baiki kerosakan bangunan kediaman mewah

Pemaju digesa baiki kerosakan bangunan kediaman mewah

Sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMC) The Heron Residency, Bandar Bukit Puchong menggesa pihak pemaju menyelesaikan masalah dinding retak, siling bocor dan jubin lantai pecah di kediaman mereka sejak sepuluh bulan lalu.

Sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMC) The Heron Residency Bandar Bukit Puchong menggesa pihak pemaju menyelesaikan masalah dinding retak, siling bocor dan jubin lantai pecah di kediaman mereka sejak sepuluh bulan lalu.

Pengerusinya, Mohamad Noor Abu Bakar berkata, sehingga kini, sebahagian 299 unit atau 30 peratus kediaman mengalami kerosakan teruk.

Menurutnya, satu lawatan tapak bersama pemaju Darul Dinasti Sdn Bhd, perunding arkitek Visage Architect, Lembaga Hartanah dan Perumahan Negeri Selangor, unit teknikal khas Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan wakil JMC pada 26 Julai tahun lalu.

” Pihak MPSJ menerusi Pegawai Teknikal Khas Unit Penyeliaan Bangunan Bermasalah dan Terbengkalai, Mohd Shafiee Junun telah melakukan siasatan dan mendapati jubin lantai di unit-unit rumah telah terkopak yang dikenalpasti disebabkan oleh faktor kualiti `workmanship` pemasangan jubin tersebut yang terlalu rapat,” katanya ditemui Komunitikini.

Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, bila berlaku perubahan peningkatan suhu mengakibatkan pengembangan kepada jubin kerana terlalu rapat sekali gus mewujudkan tekanan menyebabkan jubin terkopak seperti yang berlaku di beberapa unit pangsapuri tersebut.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Selain itu, menurutnya masalah kebocoran air di siling dan bumbung dan beberapa unit rumah yang terlibat di tingkat 13 blok B dan keretakan tiang dan dinding luar dan kebocoran di bilik tidur di beberapa unit bangunan tersebut.

“Sehubungan itu, pihak majlis mengingatkan pemaju untuk mengarahkan perunding asal pembangunan tersebut membuat pemeriksaan menyeluruh dan mengemukakan laporan pemeriksaan bangunan, punca masalah dan cadangan kaedah pembaikan ke atas rumah terlibat dalam masa tujuh hari,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Noor memberitahu menerusi surat diterima pada 14 Januari 2009, pihak pemaju memberitahu tempoh `Defect Liability Period` atau tempoh tanggungan kecacatan telahpun tamat.

Menurutnya, aduan dibuat oleh pembeli telah melebihi 18 bulan dari tempoh tanggungan kecacatan tamat seperti mana dalam surat perjanjian sewa beli.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

“Sebelum penerimaan CPC (Certificate of Practical Completion), pihak pemaju bersama pihak perunding dan kontraktor telah membuat pemeriksaan dan tidak terdapat kecacatan yang berkemungkinan berlaku.

“Ini berlanjutan sehingga pemeriksaan dilakukan wakil pihak MPSJ untuk mendapatkan Sijil Layak Menduduki,” ujarnya.

Mohd Noor berkata, ada penghuni terpaksa mengeluarkan wang saku sendiri sebanyak RM4,000 untuk membaiki jubin lantai.

“Pihak JMC juga tidak mempunyai sejumlah wang peruntukan untuk membaiki masalah dihadapi dan berharap jasa baik pihak pemaju membantu menyelesaikan masalah dihadapi ini,” ujarnya.