Tsunami Jepun: Reaksi berbeza dari penduduk Kota Kinabalu

Tsunami Jepun: Reaksi berbeza dari penduduk Kota Kinabalu

Bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun membawa reaksi yang berbeza-beza di kalangan penduduk Kota Kinabalu yang mengunjungi tempat awam yang terletak di pesisir pantai Sabah.

Kejadian gempa bumi di Jepun yang mencetuskan Tsunami telah menyebabkan Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kepada rakyat Sabah terutamanya untuk mereka di Pantai Barat untuk berwaspada ketika berada di pesisir pantai.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Assistan Komisioner Ahmad Sofi berkata, pihak polis telah mengeluarkan amaran kepada kepada orang awam agar menghentikan segala kegiatan di laut buat sementara waktu sehingga keadaan menjadi terkawal dan pulih semula.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Berita “Tsunami” yang berlaku di Jepun sememangnya tersebar dengan cepat di kalangan penduduk Kota Kinabalu, Walau bagaimanapun selepas tinjauan yang dilakukan oleh Komunitikini, mendapati reaksi orang ramai terhadap amaran malapetaka tersebut adalah berbeza.

Segelintir daripada mereka memandang serius terhadap amaran-amaran tersebut, manakal ada juga yang langsung tidak  mempedulikannya.

Kawasan yang kebiasaannya sibuk dan dikunjungi orang ramai telah menjadi sunyi dan jumlah pengunjung memang jauh merosot. Sebaliknya ada juga kawasan tumpuan lain yang tidak terjejas langsung jumlah pengunjungnya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Antara kawasan yang menjadi lengang adalah kawasan gerai makan di Pantai Tanjung Aru yang merupakan tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negeri.

See also  AirAsia, Batik Air cancel Jakarta flights as Anak Krakatau erupts

Kebiasaanya, tempat ini sering dibanjiri oleh pengunjung tetapi malam tersebut ia menjadi lengang dan sunyi daripada suara hiruk-pikuk orang ramai serta pengusaha-pengusaha gerai makanan di situ.

Pada malam bencana Tsunami di Jepun, hanya dua gerai makan sahaja yang dilihat beroperasi manakala gerai yang lain tidak dibuka.

Seorang pengusaha makanan yang sempat ditemubual berkata walaupun amaran telahpun dikeluarkan beliau hanya menyerahkan ketentuan ajalnya di tangan Tuhan.

Seorang pengunjung yang ditemui di situ pula menyatakan bahawa beliau percaya tiada apa-apa yang akan berlaku di Sabah kerana ombak Tsunami di Jepun akan melalui beberapa daratan dan pulau sebelum sampai ke Sabah, lalu mengurangkan kesan kekuatan ombak tersebut.

“Saya percaya tiada apa-apa yang akan berlaku di Sabah. Lagi pula, terdapat banyak daratan dan pulau yang perlu dilalui oleh ombak itu terlebih dahulu. Dan di depan pantai Tanjung Aru ini pula terdapat beberapa buah pulau yang akan melindungi pantai ini,” kata beliau yang memperkenalkan dirinya sebagai Nazri.

See also  51 Malaysians are missing in Nepal. Here is why this keeps happening.

Tinjauan di sekitar  Waterfront di Kota Kinabalu pula mendapati orang ramai seolah-olah tidak gentar dengan amaran yang dikeluarkan dan peniaga-peniaga pula sibuk menjalankan aktiviti mereka seperti biasa.

Para pengunjung di sana kelihatan seolah-olah tenang dan merasakan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan walaupun amaran akan ombak Tsunami berkemungkinan akan sampai ke pantai barat Sabah telah disampaikan kepada mereka oleh pihak berkuasa.

Pada Jumaat lepas, satu gempa bumi dengan magnitude 8.9 skala richter telah menggegarkan Jepun sekaligus mencetuskan Tsunami kuat yang menghempas kapal-kapal ke daratan dan menghanyutkan ratusan kereta di jalan-jalan raya di beberapa buah bandar pesisiran pantai negara matahari terbit tersebut.

Kejadian ini sekali lagi telah menggemparkan dunia selepas Tsunami yang berlaku di Sumatera pada tahun 2004 dahulu.

 

Gary Louis Supi