Dengan penduduk sekitar 3.2 juta selain?80,000 pengunjung setiap hari dan pembangunan ekonomi yang pesat khususnya di ?kawasan Iskandar Malaysia, aspek keselamatan di Johor bukan perkara remeh.
Apatah lagi tanggungjawab itu dipikul oleh hanya 8,217 anggota dan pegawai?polis.
Namun bagi Ketua Polis Johor Mohd Mokhtar Mohd Shariff, tanggungjawab?sebesar itu bukan penghalang untuk mewujudkan ‘satu hari tanpa jenayah’ di?negeri tersebut.
Menerusi satu temu bual dengan pemberita sempena Hari Polis ke-204 yang akan?disambut pada 25 Mac ini, beliau berkata sasaran itu tidak mustahil kerana Johor?kini mencatatkan penurunan kadar jenayah yang melepasi Penunjuk Prestasi Utama?(KPI).
Katanya secara keseluruhan indeks jenayah di Johor menurun 18 peratus?berbanding 5 peratus yang ditetapkan kerajaan, manakala jenayah jalanan pula?merosot 47 peratus berbanding 20 peratus di bawah KPI untuk polis.
“Kalau dahulu secara puratanya lebih 100 kes jenayah dicatatkan setiap hari?di setiap daerah, sekarang hanya sebanyak 60 kes dicatatkan.
“Jadi saya sedang berbincang untuk mewujudkan setiap daerah satu hari tanpa?jenayah. Mana-mana balai yang berjaya mencapai matlamat penurunan jenayah itu?akan diberikan ganjaran,” katanya.
Beliau berkata ‘satu hari tanpa jenayah’ itu adalah langkah berterusan bagi?mengekang kegiatan jenayah di Johor.
Selain itu, Mohd Mokhtar berkata sebanyak 25 pondok bit polis akan?diwujudkan di bandar raya Johor Baharu sebagai tambahan kepada yang sedia ada.
Sekurang-kurangnya 50 pondok bit polis disasarkan diwujudkan di 15 ‘kawasan?panas’, kawasan tumpuan orang ramai dan pelabur bagi memberi impak kehadiran?dirasai polis di mana sahaja, katanya.
Beliau berkata strategi pengumpulan maklumat yang meliputi semua anggota dan?pegawai polis termasuk mereka yang bertugas sebagai pemandu akan diteruskan?memandangkan inisiatif itu membawa kesan positif.
Selain itu, dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik semua ketua polis?daerah dan timbalannya akan turun padang dengan membuka kaunter di kawasan?tumpuan orang ramai bagi mendengar sendiri keluhan masyarakat, katanya.
“Sebelum ini kita papar nama dan nombor telefon ketua polis daerah di setiap?balai polis untuk memudahkan orang ramai membuat aduan. Kita juga menjemput?orang ramai datang sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah pada setiap Ahad untuk?berjumpa dengan Ketua Polis Daerah tetapi nampaknya usaha itu tidak berhasil,”?katanya.
Beliau berkata selaras perkembangan semasa, pihaknya juga berusaha?meningkatkan portal dengan membuat pautan kepada pelbagai organisasi dan badan?bukan kerajaan bagi memudahkan pelawat yang kini mencecah 200,000.
Polis Johor juga katanya akan memberi notis peringatan kepada 38,000 orang?awam yang berdaftar sebagai anggota Rakan Cop Johor, agar kembali aktif dalam?menyalurkan maklumat.
“Polis Johor bersedia menerima kritikan dalam memberikan perkhidmatan?terbaik kepada masyakat dan atas sebab itu, saya juga menggesa masyarakat?memberi kerjasama kepada polis.
“Seperti yang selalu saya tekankan, senjata yang paling canggih dalam membanteras jenayah adalah kerjasama yang erat antara polis dan masyarakat,”?katanya.
– Bernama