Soal DVD, cetak rompak dan khutbah solat Jumaat

Soal DVD, cetak rompak dan khutbah solat Jumaat

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan?(JAWI) telah diminta memasukkan soal larangan membeli cakera padat (CD) dan ?cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah dalam khutbah solat Jumaat bagi mendidik msayarakat dalam soal itu.

 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan?(Jawi) telah diminta memasukkan soal larangan membeli cakera padat (CD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah dalam khutbah solat Jumaat bagi mendidik msayarakat dalam soal itu.

Ketua Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri Noor Aziah Abdullah?berkata perkara itu telah dibincangkan dengan Jawi dan besar kemungkinan ia akan?dilaksanakan bulan depan.

Beliau berkata adat dalam perniagaan, jika tiada permintaan, maka tiadalah?bekalannya.

“Maka salah satu caranya untuk mendidik masyarakat ialah menerusi khutbah?Jumaat… jika kita menolak barangan ini, maka tiadalah bekalan di kedai atau?premis lain dan sekaligus dapat mengurangkan aktiviti jualan barangan itu sama?ada secara tertutup atau berleluasa,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di?sini baru-baru ini.

Beliau berkata selain itu, pihaknya juga bekerjasama dengan persatuan? penganut agama lain dalam memberikan pendedahan supaya membeli CD, VCD?dan DVD yang tulen dan tidak menyokong industri cetak rompak serta lucah.

Noor Aziah berkata selain pendekatan dengan badan agama, pihaknya juga?bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dengan memberikan ceramah dan motivasi ?kepada pelajar tentang aktiviti cetak rompak dan lucah ini.

“Kanak-kanak jika tidak dibendung akan rosak fikiran mereka dan apabila ?mereka membesar kelak akan membawa kepada jenayah lain seperti pembuangan bayi,”?katanya.

Katanya bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini sebanyak 46,098 keping CD,?VCD dan DVD tanpa perakuan sah dan 2,092 VCD dan DVD lucah dirampas.

“Sepanjang tempoh tahun lepas, sebanyak  472,806 rampasan bagi barangan yang?sama dicatatkan dan rampasan dilakukan di empat kawasan panas di bandaraya ini ?melibatkan Dang Wangi, Sentul, Brickfields dan Cheras,” katanya.

– Bernama