Skuad bawah 23 tahun gegar Lahore malam ini

Skuad bawah 23 tahun gegar Lahore malam ini

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin skuad bawah 23 tahun kebangsaan mampu mencipta kemenangan pada perlawanan kedua kelayakan Olimpik di Lahore, Pakistan malam ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin skuad bawah 23 tahun kebangsaan mampu mencipta kemenangan pada perlawanan kedua kelayakan Olimpik di Lahore, Pakistan malam ini.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, ini berdasarkan kemampuan skuad bimbingan Ong Kim Swee membuktikan beberapa kejayaan sebelum ini.

“Saya harap mereka dapat pertahankan jaringan dan memperoleh kemenangan di sana,” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jika Skuad Harimau Muda menang perlawanan peringkat itu, ia memberi makna bagi masa depan bola sepak negara.

“Pasukan kita perlu main sepenuh hati, jangan cepat leka dan cuba untuk dapatkan gol awal.

See also  Carlsberg Golf Classic wraps up 31st edition with thrilling finale

“Jika menang dan layak mara ke peringkat seterusnya, ia akan menjadi satu kenangan manis kepada generasi baru dan semangat untuk terus maju dalam sukan bola sepak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah berkata, pembinaan Akademi Bola Sepak di tanah seluas 80 hektar di Gambang, Pahang akan bermula pada pertengahan tahun ini dan berharap ia dapat disiapkan sebelum Sukan Malaysia (Sukma) 2012 nanti.

“Akademi canggih itu akan dilengkapi dengan 11 padang dan sebuah stadium mini,” katanya. – Bernama.