Kementerian Belia dan Sukan sasar 1,000 pertubuhan belia Terengganu

Kementerian Belia dan Sukan sasar 1,000 pertubuhan belia Terengganu

Jabatan Belia dan Sukan Terengganu mensasarkan untuk mewujudkan 1,000 pertubuhan belia di negeri ini menjelang
akhir tahun ini.
Pengarahnya Abd Aziz Abd Rahman berkata setakat ini terdapat 436 buah pertubuhan belia di Terengganu dengan keahlian seramai 30,000 orang.

Selain itu, katanya jabatan itu mensasarkan untuk melahirkan 60 lagi usahawan belia dan untuk tujuan itu peruntukan sebanyak RM300,000 disediakan bagi latihan dan bimbingan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian dan pelepasan Jelajah Proton-Majlis Belia Malaysia-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Hari Belia Negara 2011 dan Konvoi Tranformasi Belia ke Kuala Terengganu di sini semalam.

Sebanyak 70 buah kereta dan 100 orang belia menyertai program jelajah ke seluruh negara itu termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

See also  Foodpanda celebrates Ramadan with delivery partners

Sambutan Hari Belia Negara 2011 akan diadakan di Putrajaya dari 27-29 Mei.

— Bernama