Video anak kucing diseksa cetuskan kemarahan pengguna Facebook

Video anak kucing diseksa cetuskan kemarahan pengguna Facebook

Rakaman video sepanjang lima minit itu menunjukkan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan individu terbabit mendera dan menyeksa dua ekor anak kucing menggunakan payung sehingga kaku dan tidak bergerak.

Satu rakaman video aksi seorang individu melakukan penderaan dan seksaan ke atas anak kucing telah dimuat turun di laman sosial Facebook baru-baru ini sekali gus mencetus kemarahan orang ramai menyaksikannya.

Video bertajuk ‘Malaysia Serdang  rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV)’  telah dirakam di salah satu sudut lorong bangunan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Rakaman video sepanjang lima minit itu menunjukkan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan individu terbabit mendera dan menyeksa dua ekor anak kucing menggunakan payung sehingga kaku dan tidak bergerak.

Susulan tindakan kejam itu, segelintir pengguna Facebook berjaya mengesan serta memperolehi identiti individu dipercayai ‘gadis tomboy’ melakukan penderaan tersebut.

Gambar ‘gadis tomboy’ memakai pakaian dan topi yang sama pada kejadian turut disebarkan di laman Facebook bersama dengan rakaman video terbabit.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Berdasarkan maklumat diperolehi, Komunitikini melakukan tinjauan kira-kira jam 3 petang ke gerai menjual makanan dan minuman di lokasi pasar Kampung Baru Serdang dipercayai tempat gadis tomboy bekerja.

Setelah menghampiri gerai dan bertanyakan beberapa soalan berkaitan, salah seorang wanita separuh usia yang enggan dikenali menafikan dakwaan gadis tomboy bekerja di premisnya.

“Sekarang benda masih tak pasti, tunggulah nanti kamu akan tahu perkara yang sebenar,” katanya.

Sementara itu, salah seorang peniaga hanya dikenali sebagai Siew ketika ditemui memberitahu bahawa gadis tomboy bekerja di gerai tersebut.

“Saya ada baca suratkhabar semalam pasal isu dera ini, memang benar dia bekerja di situ,” dakwanya.