Hulu Baram dan Kapit disasar sebagai destinasi pelancongan

Hulu Baram dan Kapit disasar sebagai destinasi pelancongan

Kerajaan Sarawak sedang merangka pelan induk khusus untuk memajukan Hulu Baram dan Kapit, dua kawasan terpencil di negeri ini sebagai destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud hari ini.

Kerajaan Sarawak sedang merangka pelan induk khusus untuk memajukan Hulu Baram dan Kapit, dua kawasan terpencil di negeri ini sebagai destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud hari ini.

Katanya rangka rancangan ini akan berkisar pada pelancongan berasaskan kebudayaan dan alam sekitar.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikannya sendiri akan ditubuhkan untuk menjalankan kajian menyeluruh berhubung rancangan itu.

“Kajian akan dimulakan selepas selesai pilihan raya negeri nanti dan pelaksanaan akan dimulakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat.  

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu Numpang; Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri Dr James Jemut Masing; dan Timbalan Menteri Pelancongan, Dr James Dawos Mamit akan turut mengganggotai jawatankuasa ini, kata Taib.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Taib yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak berkata ketua-ketua masyarakat di Hulu Baram dan Kapit akan turut diserapkan ke dalam jawatankuasa ini nanti.

Katanya perancangan ini bakal memberi faedah kepada penduduk di dua kawasan itu yang ketinggalan pembangunan jika dibandingkan dengan Sibu, Bintulu, Miri dan Kuching.

Menurutnya kedua-dua kawasan ini mempunyai sejarah kebudayaan yang tersendiri ekoran menjadi penempatan terawal kumpulan etnik Orang Ulu dan Iban di Sarawak.

– Bernama