Pelajar tidak perlu pengesahan JPN

Pelajar tidak perlu pengesahan JPN

Jabatan Pelajaran Sandakan (JPS) tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada ibu bapa dan pelajar untuk mendapatkan cop pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada surat lahir dan kad pengenalan sebelum berurusan dengan mereka.

Jabatan Pelajaran Sandakan (JPS) tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada ibu bapa dan pelajar untuk mendapatkan cop pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada surat lahir dan kad pengenalan sebelum berurusan dengan mereka.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Zaini Haji Sahadan berkata, pengesahan boleh diperoleh melalui pegawai kumpulan A seperti Pengetua Sekolah, Penolong Kanan dan Guru Besar Sekolah atau pegawai kerajaan yang dibenarkan membuat pengesahan dokumen.

Menurutnya lagi, ibu bapa dan pelajar tidak perlu bersesak-sesak di pejabat JPN untuk mengesahkan dokumen mereka seperti yang berlaku kebelakangan ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn citizen journalism with AI tools, get published on cj.my, and earn up to RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting July 2026 · KL / JB / Penang

Katanya, pihak jabatan pelajaran tersebut tidak pernah mengarahkan urusan demikian kecuali untuk kes-kes terpencil yang berkaitan dengan pemalsuan atau penyelewengan dokumen untuk mendapatkan pengesahan di JPN sebelum berurusan dengan jabatan tersebut.

See also  Citizen Journalism is back — And this time, you get paid to do it

Justeru itu, ibubapa yang ingin mendaftarkan anak mereka memasuki Tahun Satu, Tingkatan Satu atau yang ingin mendaftar ke sekolah baru tidak perlu berurusan dengan jabatan tersebut.

Gary Louis Supi