Jadikan polis kawan, ujar Ketua Polis Selangor

Jadikan polis kawan, ujar Ketua Polis Selangor

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah meminta masyarakat menjadikan polis sebagai kawan dan bukan musuh bagi memastikan usaha menangani kes jenayah di negeri itu berkesan.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah meminta masyarakat menjadikan polis sebagai kawan dan bukan musuh bagi memastikan usaha menangani kes jenayah di negeri itu berkesan.

“Tidak baik bersikap buruk sangka terhadap polis. Contohnya bila nampak polis tahan orang di tepi jalan dengan mudah kata polis minta habuan, sedangkan kadang-kadang pemandu yang tahan polis tanya arah jalan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini sempena sambutan Hari Polis ke-204 dan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) IPK Selangor dalam memerangi jenayah di negeri itu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Tun Hisan berkata di bawah NKRA polis Selangor, beberapa teras dirancang agar polis dan masyarakat saling mengambil berat antara satu sama lain.

Sejak menjadi Ketua Polis Selangor pada November lepas, Tun Hisan, antara lain, mengambil inisiatif mengedar kepada penduduk kad sektor yang mengandungi nama dan nombor telefon konstabel polis yang ditugaskan menjaga keselamatan di sesebuah kawasan.
Katanya masyarakat bukan sahaja perlu menjadi “mata dan telinga tetapi juga mulut polis” iaitu dengan melaporkan apa sahaja kejadian jenayah di kawasan masing-masing melalui pendekatan SAR iaitu ‘Suspicious, Activity and Report’.

“Melalui pendekatan SAR orang ramai perlu membuat laporan sekiranya melihat kejadian jenayah di kawasan mereka, bukan sahaja dengar dan lihat tetapi bercakap dengan memberitahunya kepada polis,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata operasi mencegah jenayah juga akan dipertingkatkan dan dilakukan dengan lebih agresif dalam kes-kes seperti aktiviti perjudian, maksiat, gangsterisme dan curi kenderaan.

Tun Hisan berkata satu pasukan membabitkan belia yang dinamakan CAT iaitu ‘Crime Awareness Team’ akan ditubuhkan bagi melatih belia di Selangor mengenai latihan kepolisan dan pencegahan jenayah.

“Kita mahu selepas melatih mereka, golongan ini akan sebarkan kepada rakan sebaya mereka supaya kesedaran untuk memerangi jenayah dapat diperluaskan,” katanya.

Beliau berkata bagi mencapai hasrat itu satu taklimat kepada ketua jabatan dan Ketua Polis Daerah akan diadakan pada 11 Mac ini serta mesyuarat khas dengan polis Kuala Lumpur pada 15 Mac bagi membincangkan kerjasama dalam menangani kes-kes jenayah antara dua negeri berkenaan.
— Bernama